Untuk Mu……
CINTA itu aneh, indah dan manis.
Cinta juga membuat hidup penuh bermakna.
Memberi kebebasan-

Kadang-kadang ingin dilaungkan agar cinta terus kekal selama-lamanya,
namun air mata selalu menukarkan kegembiraan dan kebahagiaan tetapi menakjubkan,
kerana cinta adalah sesuatu yang sukar ditafsirkan mustahil dapat dilihat atau dirasa tapi bila hati telah menyatakan sesuatu cinta,
Aneh tapi dapat digambarkan.

Langit Biru

Deru angin yang memburu
Merujul laluan
Bikin dedaun hati bergetar
Meliuk melanda kejau
Laungkan kepiluan
Haru itu biru warnanya
Manakan birunya jiwaku

Berdirilah dipentas itu
Tanpa membisik namaku
Kalau terputus paluan
Beranilah sambung kembali

Mungkin lebih biru
Langit mu disempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar ribut di dalam cangkir cuma
Bukannya aku untuk meramal
Juga dirimu
Pastikan
Hari mendatang

Berdirilah dipentas itu
Tanpa kau menyebut namaku

Mungkin lebih biru
Langit mu disempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar kalut ribut dicangkir cuma
Mungkin lebih hijau
Laman mu disempadan sebelah sana
Ataupun hanya
Ribut melanda didalam cangkir Cuma
Siapalah aku untuk meramal
Juga dirimu
Untuk pastikan
Lepaskan saja

Deru angin semalam sebuah cerita
Wajah-wajah jiwa insan yang biasa

Saturday, February 24, 2007

Apa yang berkurangan adalah keberanian untuk menyusuli bakat itu ke tempat gelap yang ditujunya....Hidup bukanlah hanya memperolehi dan memiliki sesuatu tetapi apa yang penting ialah kewujudan diri sendiri dan apa yang kita akan jadi...

Hanya setelah menuruni lembah yang terdalam barulah anda menilai keindahan gunung yang tertinggi. Tatkala anda bermurung itulah keunggulan anda terserlah, ketara teruji!. Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman getir untuk menzahirkan keunggulan anda.

Watak tidak boleh dibina dengan mudah dan senyap-senyap. Hanya melalui pengalaman-pengalaman dugaan dan penderitaan sahaja semangat boleh diperteguh, wawasan diperjelas, cita-cita diilhami dan kejayaan dicapai.

Ingatlah, untuk mendapatkan 'pelangi', anda memerlukan 'hujan'. Tiada jalan lain lagi. Waktu sukar sepatutnya membuat anda LEBIH BAGUS, bukannya MARAH DAN KECEWA.

Perjuangan, kegagalan, kemenangan: manakala kemenanganlah kesudahan yang diidamkan, perjuangan juga ada kegembiraannya, dan kegagalan juga bukanlah tiada faedahnya.

Kerumitan menyerlahkan sifat-sifat terbaik dalam diri seseorang dan memungkinkan keunggulan. Orang yang telah memenangi perjuangan menentang kerumitan dihiasi dengan tanda-tanda kemenangan di wajahnya. Gaya kemenangan terserlah pada setiap gerak-gerinya.

Orang yang berjaya dengan hebatnya di kalangan masyarakat kita bukanlah orang yang tidak pernah gagal, hanya mereka ini tidak menganggapnya sebagai kegagalan. Mereka tidak mengaitkan perasaan negatif dengan sesuatu yang tidak menjadi.

Ya, pengorbanan yang perlu untuk mendapatkan kejayaan ialah ketabahan. Janganlah menerima jawapan "Tidak". Dan sekiranya anda tersepit atau anda rasakan anda telah jatuh tersungkur, ingatlah bahawa anda hanya berada di satu selekoh dan bukannya di penghujung jalan.

Setiap masalah yang wujud, pasti ada jalan penyelesaiannya atau tiada penyelesaian sama sekali. Jika adanya jalan penyelesaian, cubalah cari jawapannya. Sekiranya tiada, kenapa perlu khuatir tentangnya?

Apabila anda mampu terus mencuba selepas tiga kegagalan dalam sesuatu usaha tertentu, anda bolehlah mempertimbangkan diri anda untuk peranan kepimpinan dalam pekerjaan anda kini. Jikalau anda boleh terus mencuba selepas belasan kegagalan, itu bermakna bahawa benih kebolehan luar biasa sedang bercambah dalam diri anda.

Setiap kesusahan, setiap kegagalan, setiap kecacatan, setiap penyakit jasmani, setiap keadaan dan pengalaman tidak menyenangkan, membawa bersamanya benih faedah yang bersepadanan, sering kali dalam bentuk tersorok.

Jikalau kita melihat ke belakang dalam hidup kita, kita akan mendapati bahawa walau apa pun yang berlaku kepada kita ia akan sentiasa menjadi berfaedah kepada kita.

Alam itu seolah-olah menjatuhkan orang dengan kesusahan untuk mencari siapakah di antara mereka yang akan bangkit kembali untuk berjuang lagi.

Orang yang menang dalam gelanggang hidup itu mungkin telah di kira kalah beberapa kali, tetapi dia tidak mempedulikan si pengadilnya.

Dunia ini penuh dengan insan terbiar yang berpendidikan. Hanya azam dan ketabahan sahaja yang berupaya mencapai segala keinginan.
Ya, ketabahan, yakni kemampuan untuk bangkit kembali untuk kesekian kalinya selepas setiap kejatuhan.

Dalam pertentangan di antara air sungai dan batu, air sungai sentiasa menang - bukan dengan kekuatan tetapi dengan ketabahan.

Belajar daripada kegagalan kita adalah mencapai kejayaan. Tidak pernah gagal bererti tidak pernah menang. Kecuali kita mengalami kegagalan dan pahitnya kegagalan, kita tidak akan dapat menghargai manisnya kemenangan.

Sunday, January 07, 2007

Musim panas itu menyeronokkan, hujan itu menyegarkan, angin itu menguatkan , salji itu menggembirakan; yang dikatakan cuaca buruk itu sebenarnya tiada, yang ada hanya jenis-jenis cuaca baik yang berbeza sahaja. Daripada sesuatu yang buruk itu sentiasa lahir sesuatu yang baik.

Adalah penting sekali bagi anda untuk menyedari bahawa kita sepatutnya belajar meskipun dalam waktu bagus. Dan bagaimanakah kita boleh berbuat begitu? Dengan sekali-sekala merenungkan waktu-waktu sukar, ketika kita menderita, ketika kita bermurung, ketika segala-galanya seperti menentang kita – kerana hanya waktu-waktu sukar sahaja yang memberi pelajaran terbaik.

Perjuangan memaksa kita bergerak tatkala kita selainnya cenderung berehat. Dan ia membawa kita kesudahannya kepada kesedaran penuh bahawa kejayaan hanya akan tercapai melalui perjuangan. Tiada apa pun yang bernilai dalam hidup ini yang mungkin diperolehi tanpa perjuangan. Jikalau ia mudah diperolehi, sudah tentu semua orang akan mendapatkannya.

Perjuangan hidup, penderitaan jiwa, dan seksaan itu semuanya perlu jika anda ingin menjadi unggul. Jadi janganlah memaki-hamun dan menyumpah seranah, tetapi di sebaliknya fahamilah dan hargailah pengalaman-pengalaman sedemikian ketika anda mengalaminya kerana ia merupakan sebahagian daripada penyempurnaan seorang manusia.

Perjuangan hidup, dalam kebanyakan hal, diperjuangi secara mendaki keatas, dan menang tanpa pergelutan adalah hampir seperti menang tanpa kebanggan. Jika tiada kesukaran, tidak akan ada kejayaan; jika tiada apa-apa yang dipergelutkan, tiada apa-apa jua yang akan tercapai. Kesukaran mungkin menggerunkan mereka yang lemah, tetapi memberi peransang menyegarkan kepada orang yang tegas dan berani.

Segala pengalaman hidup sememangnya berperanan untuk membuktikan bahawa rintangan yang menghalang kemajuan manusia mungkin, kebanyakannya, diatasi dengan perilaku baik, semangat yang jujur, kecergasan, ketabahan, dan dengan keazaman untuk mengatasi sebarang kesukaran.

Memenangi hati seseorang samalah dengan cuba menang dalam satu pertandingan. Semangat mesti kuat, mental mesti kuat, yakin pada diri, tabah hati. Apabila sanggup memberi komitmen, bererti sanggup juga menghadapi apa jua risiko yang bakal datang. Pihak lawan tentu juga tidak mahu kalah. Siapa yang bertanding tidak mahu menang?

Hidup ini penuh kenangan... yang mendewasakannya ialah pengalaman, yang mematangkannya pula ialah cabaran. Pahit manisnya sukar untuk dikenang, sayang sekali untuk dibuang. Dimiliki.... disayangi... menjadikan kehidupan itu suatu yang cukup bermakna dan indah. Namun selama mana mampu kita miliki yang indah-indah.

Kemahuan itu tidak dapat dibendung, keinginan itu tidak pantas dipujuk. Mulut mudah berkata tapi hati naluri payah menerima. Orang hanya tahu memujuk untuk mententeramkan kita tetapi orang tidak tahu perasaan sebenar kita. Hanya orang yang mengalami yang benar-benar mengerti.

Semua manusia mengejar kebahagiaan dan kesenangan. Bagaimana teliti sekali kita mengatur langkah tergelincir jua... bahang panas dipagi hari rupanya hujan di tengah hari. Begitulah antara cabaran yang pernah dan akan kita lalui. Kita sama-sama telah melalui kepahitan hidup walaupun dengan jalan yang berbeza.... yang pasti bangunlah...... walau dalam kekecewaan!

Dengan perjuangan yang tidak mengenal susah dan payah, tak mengenal sakit dan senang, dapat memuliakan diri seseorang. Gagal dalam kemuliaan lebih baik dari menang dalam kehinaan. Hidup ertinya berjuang kalau tidak berjuang ertinya tidak hidup. Dunia ini adalah medan perjuangan, manakah manusia sejati dan manakah yang palsu.

Seseorang yang memahami tentang masa lalu tidak lagi memadai. Tidak juga memadai bagi beliau untuk memahami tentang masa kini, kerana persikataran yang ada sekarang ini akan lenyap sebentar lagi. Dia harus belajar untuk menduga tentang arah dan kadar perubahan. Dia harus - untuk menjadikannya lebih bersifat teknikal - belajar tentang kemungkinan-kemungkinan yang wujud, dan meningkatkan andaian jangka panjangtentang masa depan. Dan demikian juga dengan guru-gurunya.

Ketahuilah apa yang akan anda lakukan dan lakukanlah serta jangan undur kembali. Jika anda membuat kesilapan, buatlah kesilapan yang hebat. Seperti seorang yang pergi ke sebatang pokok di persimpangan jalan dan bertanya, "Arah manakah yang patutku ambil, arah ini atau itu?" Pergilah saja! Pilihlah satu arah dan pergilah. Unsur masa itu sentiasa ujud. Segala-galanya mempunyai masa dan tempat yang wajar baginya.

Jika anda dapati bahawa anda tidak mencapai sebarang kemajuan dalam sesuatu pekerjaan yang anda telah dilatih untuk melakukannya, latihlah semula diri anda atau lengkapi diri anda untuk pekerjaan yang berlainan sama sekali yang memberi peluang kejayaan masa depan yang lebih baik. Janganlah menghadkan diri anda dengan satu kemahiran sahaja. Ingatlah bahawa manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari kemahiran baru dan menceburi bidang usaha lain. Janganlah mempercayai bahawa seseorang itu seharusnya hidup dan mati dalam satu bidang sahaja. Jika orang lain boleh berjaya, anda juga boleh. Ada orang yang mungkin gagal dalam suatu bidang usaha tetapi begitu berjaya sekali dalam suatu bidang usaha yang lain.

Kebanyakan orang berpuas hati dengan kehidupan seperti kumpulan haiwan. Mereka sebenarnya tidak hidup sama sekali dalam erti kata kehidupan yang lebih luas. Mereka berpuashati dengan bernafas seperti biasa, makan dan minum, serta melakukan perkara-perkara rutin bagi mengisi keperluan hidup. Siang dan malam sama sahaja sehingga mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Apabila seorang pemanah tidak mengenai sasarannya, ia menoleh dan mencari kesilapan pada dirinya sendiri. Kegagalan untuk mengenai pusat sasaran bukanlah salah sasaran. Untuk memperbaiki bidikan anda - perbaikilah diri anda sendiri.Manusia bukannya semata-mata hidup di muka bumi untuk bersenang-senang. Dia sebenarnya hidup untuk melakukan perkara penting demi kemanusiaan sejagat.

"Betapa jauhnya anda jatuh tidak menjadi hal, tetapi yang mustahaknya betapa tingginya anda bangkit kembali."
Apabila anda jatuh dan bangkit kembali ia menghasilkan sesuatu pada diri anda. Jatuh banyak kali dalam hidup itu adalah menyihatkan dan menyegarkan, jikalau anda bangkit kembali setiap kali - bangkit itulah yang mustahaknya.

Bagaikan sebuah lombong emas, emasnya yang termurni mungkin tidak ditemui di permukaannya, urat-uratnya yang terkaya mungkin hanya mengganjari mereka yang sabar membanting tulang bertahun-tahun lamanya, mereka yang obor keyakinannya, walau semalap mana ia menyala sesetengah waktunya, tetap sentiasa menyala, sehingga, biar bagaimana dan di mana, jejalur emasnya ditemui.

"...hidup adalah suatu pengembaraan, beranilah mencubanya...."
Janganlah biarkan diri anda kecewa akibat sebarang kegagalan selagi anda telah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan anda.

Kebanyakan orang membuat satu kesilapan yang sama dengan menganggap kegagalan sebagai musuh kejayaan. Anda semestinya mempergunakan kegagalan untuk kebaikan anda. Teruslah mara dan buatlah segala kesilapan. Buatlah sebanyak mana yang mungkin anda buat. Kerana, ingatlah bahawa disitulah tempat anda akan menemui kejayaan - di sebalik kegagalan.

Pekerjaan yang besar itu tidak berhajat kekuatan tetapi berhajat keteguhan hati. Dunia semakin kecil bukan kita kalau hati dan semangat kita bertambah besar. Gagah dalam penghidupan sampai saat kematian. Di dunia tidak ada yang bisa asal saja mahu bekerja dan berusaha. Besarnya dunia hanya sebesar fikiran manusia, berbuatlah apa yang telah kewajipan anda, jangan terlalu melihat akan hasil. Barang yang tidak diperdapat sekaliannya maka tidak boleh ditinggalkan seluruhnya.

Bagaimanapun juga beratnya, tiap-tiap orang pasti mampu memikul bebannya sendiri sampai malam tiba. Walau bagaimanapun beratnya tugas, setiap orang dapat menyiapkan tugasnya untuk satu hari. Setiap orang dapat hidup dengan nikmat, sabar, menyenangkan, serta murni hingga matahari terbenam. Dan inilah sebenarnya erti hidup.

Pada detik ini Anda dan saya berada pada titik pertemuan antara dua keadaan masa lalu yang panjang sekali lagi abadi, dan masa depan yang terus bergerak maju detik demi detik. Kita tidak mungkin dapat hidup di kedua keadaan tersebut. Sungguh tidak mungkin. Sedetik pun tidak mungkin. Tetapi kalau kita nekad ingin mencubanya, bererti kita menghancurkan diri kita sendiri, baik jiwa maupun raga. Oleh itu kita hendaklah bergembira hidup dalam waktu yang memungkinkan bagi kita untuk hidup, yakni daripada sekarang sehingga waktu kita hendak tidur.

Ketahuilah apa yang akan anda lakukan dan lakukanlah serta jangan undur kembali. Jika anda membuat kesilapan, buatlah kesilapan yang hebat. Seperti seorang yang pergi ke sebatang pokok di persimpangan jalan dan bertanya, "Arah manakah yang patutku ambil, arah ini atau itu?" Pergilah saja! Pilihlah satu arah dan pergilah. Unsur masa itu sentiasa ujud. Segala-galanya mempunyai masa dan tempat yang wajar baginya.

Jika anda dapati bahawa anda tidak mencapai sebarang kemajuan dalam sesuatu pekerjaan yang anda telah dilatih untuk melakukannya, latihlah semula diri anda atau lengkapi diri anda untuk pekerjaan yang berlainan sama sekali yang memberi peluang kejayaan masa depan yang lebih baik.

Janganlah menghadkan diri anda dengan satu kemahiran sahaja. Ingatlah bahawa manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari kemahiran baru dan menceburi bidang usaha lain. Janganlah mempercayai bahawa seseorang itu seharusnya hidup dan mati dalam satu bidang sahaja. Jika orang lain boleh berjaya, anda juga boleh.
Ada orang yang mungkin gagal dalam suatu bidang usaha tetapi begitu berjaya sekali dalam suatu bidang usaha yang lain.

paling istimewa, kita mempunyai pilihan setiap hari, berkenaan dengan sikap kita yang kita inginkan untuk menghadapi hari itu. Kita tidak boleh mengubah masa lalu.... satu-satunya perkara yang mampu kita lakukan adalah melakukan apa yang terdaya dengan apa yang dimiliki kita, dan perkara itu adalah sikap kita.

Ada baiknya juga jika kita mengetahui kesusahannya bagi sesuatu perjalanan itu supaya memberi hala tuju kepada kita, tetapi yang penting pada kesudahannya adalah perjalanan itu sendiri.

Friday, January 05, 2007

Bersyukurlah....

Sekiranya anda berasa susah untuk tidur malam ini, ingatlah tentang keluarga tidak berumah yang tidak punya katil tempat berbaring.

Sekiranya anda terperangkap dalam kesesakan; jangan kecewa. Terdapat ramai lagi mereka yang hidup di dunia ini yang tidak tahu lansung memandu dan menganggapnya suatu keistimewaan yang tidak pernah didengar.

Sekiranya anda tidak bernasib baik di tempat kerja, fikirkanlah tentang mereka yang tidak bekerja bagi tempoh tiga bulan yang lalu.

Sekiranya anda kecewa dengan perhubungan yang semakin buruk; fikirkanlah tentang mereka yang tidak pernah tahu tentang apa rasanya untuk menyayangi dan disayangi.

Sekiranya anda kecewa dengan hujung minggu yang berlalu begitu saja; fikirkanlah tentang wanita di jalan-jalan yang bekerja selama 12 jam sehari, 7 hari seminggu dengan upah sebanyak $15 untuk menyara keluarganya.

Sekiranya kereta anda rosak, berbatu-batu jauhnya daripada bengkel kereta; fikirkanlah tentang mereka yang lumpuh, yang begitu inginkan peluang untuk berjalan.

Sekiranya anda merungut kerana tidak mempunyai sepasang kasut baru pada tahun ini; fikirkanlah tentang seseorang yang tidak mempunyai kaki.

Sekiranya anda bercermin dan nampak bahawa uban telah mulai tumbuh; fikirkanlah tentang pesakit kanser yang sedang menerima rawatan chemotherapy yang berharap agar rambutnya dapat tumbuh untuk diperiksa.

Sekiranya anda merungut bahawa negara ini tidak cukup memberikan perkhidmatan; fikirkanlah tentang negara-negara yang sedang mengalami rusuhan dan huru-hara.

Sekiranya anda berasa kekurangan dan terfikir apakah sebenarnya hidup ini; apakah matlamat hidupku? Bersykurlah kerana masih terdapat mereka yang tidak hidup lama untuk menikmati peluang tersebut.

Sekiranya anda dibuang kerja; fikirkanlah tentang mereka yang bernasib malang yang terpaksa mendengar leteran bos mereka sejak dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.

Sekiranya anda mendapati bahawa anda menjadi mangsa kegetiran orang lain, tidak dipedulikan, rasa kecil dan tidak selamat; ingatlah keadaan yang lebih buruk jika orang itu adalah anda sendiri.

Tuesday, January 02, 2007

Tazkirah : Mencintai Allah dan Kerana Allah
Oleh Syeikh al-Kubrawiyyah.

Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.

Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud: Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang kunjung mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong menolong keranaKu.

FirmanNya lagi dalam hadis Qudsi yang lain bermaksud:
Mana dia orang yang bercinta kerana keagunganKu? Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah nauganKu, iaitu hari yang tiada naungan selain dari naunganKu. Rasulullah bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah.

Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencinta seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia bias hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabi’i, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.

Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:Sahabat-sahabat pada hari itu, satu sama lain akan bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa. ( az-Zukhruf:67)

Wahai anakku, apabila hatimu benar, maka Allah, malaikat dan orang-orang yang memiliki ilmu menyaksikannya. Hatimu akan menjadi pendakwa yang menguntungkan kamu dan ia bersaksi untukmu.

Apakah kamu memerlukan kesaksian, kebenaran hatimu untuk dirimu? Apabila hal ini telah sempurna bagimu maka kamu menjadi gunung yang tidak digoncangkan oleh angin dan tidak dirosakkan oleh panah. Pandangan dan pergaulanmu dengan makhluk tidak mempengaruhimu.

Dan hatimu tidak terluka oleh luka dan kejernihan sirrmu tidak keruh.

Wahai anakku, menurut kadar cita-citamu kamu diberi. Jauhilah dengan hatimu akan sesuatu yang selain Allah sehingga kamu dekat kepadaNya.

Jadilah kamu orang yang berakal dan jangan tergesa-gesa kerana sesuatu yang jatuh dari tanganmu disebabkan ketergesa-gesaanmu. Janganlah datang pada waktu terbenam matahari. Datanglah waktu subuh dan hendaklah kamu bersabar dan sibuk sampai datang waktu maghrib, lalu kamu memperoleh apa yang kamu inginkan.

Jadilah kamu orang yang berakal dan berbudi baik terhadap Allah dan makhlukNya. Janganlah kamu berbuat aniaya terhadap makhluk dan kamu minta kepada mereka sesuatu yang bukan milikmu di sisi mereka. Tidak ada pembicaraan sehingga datang penanda tangan (penyerahan) kepada wakil.

Jadilah kamu orang yang berakal, inilah akal, teguhlah kamu di hadapan Allah kerana rezeki itu dibahagi di sisiNya dan dengan tanganNya.

KEGAGALAN bukanlah bererti anda seorang yang gagal

Ia hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi

Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa

Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu

Kegagalan bukanlah bererti anda seorang bodoh kerana mencuba

Ia bererti anda berani, anda berhati teguh,besemangat waja - berbanggalah dengan diri anda

Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak akan berjaya

Ia hanyalah bermakna memerlukan sedikit lagi masa

Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang

Ia hanyalah bermakna anda berpeluang untuk bermula semula; mencuba sesuatu yang baru

Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda

Ia hanyalah bermakna Dia mempunyai rancangan yang lebih baik

Jadi benarlah, kegagalan itu tidak pernah muktamad.

Tuesday, December 26, 2006

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

Cinta menghendaki kepercayaan dan kepercayaan meminta ketetapan hati. Tiap-tiap yang akan lahir itu biasa menanggung kesusahan. Kemenangan itu terletak kepada orang yang lebih keras hatinya.

Cubalah menangis dalam ketawa, tersenyum sewaktu menangis dan dalam kesempitan juga menolong orang dalam kesusahan memujuk orang.

Selagi kita tidak ditakdirkan mengalami sesuatu keadaan, kita tidak akan dapat merasai benar-benar perasaan.

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain mengharapkan balasan.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.

Friday, December 15, 2006

.....jika kalian menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka juga menderita kesakitan sebagaimana yang kalian rasakan, sementara kalian mengharapkan dari Allah sesuatu yang tidak mereka harapkan.....(An-Nisaa':104)

YANG penting dalam kehidupan ialah
'perjuangan' bukan kejayaan.
Perjuangan inilah yang cuba aku lakukan,
hidup tanpa belas kasihan orang lain....

Berpeganglah pada impianmu,
Kerana kalau impianmu
lenyap,
Engkau umpama burung cedera
yang tidak bersayap.

Bermanis muka itu perkara senang,
Di kala hidup mengalir lancar bak arus tenang,
Namun orang yang berwibawa itu adalah
Dia yang mampu memberi senyuman

Ketika segala di sekitarnya penuh kesilapan!

"Mintalah, maka kamu akan diberi.
Carilah, maka kamu akan menemukannya.
Ketuklah, maka kamu akan dibukakan pintu."

"Saya tidak tahu mengenai kunci kejayaan,
tetapi kunci kegagalan adalah cuba menggembirakan
hati semua orang...." - Bill Cosby.

Nabi saw bersabda:
“Minta tolonglah atas setiap pekerjaan kepada ahlinya.”

"CINTA ADALAH KEABADIAN...DAN KENANGAN ADALAH HAL YANG TERINDAH YANG PERNAH DIALAMI..."

Takhtakan akalmu setinggi-tinggi darjat dan perhambakanlah nafsumu
pada serendah-rendah martabat....

(Duhai! nestapa, kecewa, dan luka yang dulu ku jalani, ternyata hanya
sekejap sahaja dibanding sengsara yang harus ku harungi kini.
Mengapa aku dulu tak sanggup bersabar meski hanya sedikit jua?)

Impikanlah apa yang berani
anda impikan,
Lakukanlah apa yang berani anda
lakukan,
Dan jadilah apa yang berani anda
menjadi.

Yang penting bukan berapa lama anda hidup, tetapi apakah jasa dari kehidupan anda.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu

dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

JANGANLAH takut
bahawa kamu tua.
Tetapi takutilah bahawa
kamu tidak mempunyai sahabat.
Tiada orang yang
mempunyai sahabat
yang gagal.

Bertukar hari adalah hidup baru.
Setiap saat digunakan sebaik-baiknya,
dini dan kini adalah kesempatan diri kita.

Wednesday, December 13, 2006

Kesedihan tak pernah membiarkan kebahagiaan datang,
Sendirian ke hidup manusia,
Padahal seringkali kita tak cukup waktu untuk menikmatinya
bersama,
Begitu banyak rasa sakit dan kehilangan dalam hidupku,
padahal hidup terlalu singkat untuk semua perasaan itu,
Beruntunglah manusia yang tahu apa yang mereka cari,
dan diberi cukup waktu untuk mencari,
Kerana aku tak punya waktu untuk itu,
Walaupun untuk sekadar mengetahui apa yang aku cari.......

Sahabat yang terdekat ialah di antaramu yang berkasih sayang, bergaul dengan lemah lembut dan cinta mencintai satu sama lain (Hadis). Benda yang paling berat ditaruh dalam timbangan pada hari kiamat nanti, ialah takwa kepada Allah dan budi pekerti (Hadis).

Orang yang tinggi budinya ialah orang yang menjadi budak hatinya. Celalah kesalahan jangan dicela orang yang membuat. Orang berbudi tidak kelihatan marahnya dan tak mahu mencaci apa yang dilihatnya keliru. Perdamaian dan kesenangan lebih berharga daripada kejayaan. Budi itu anak kunci hati utama manusia, orang yang tidak berbudi adalah serigala pada orang lain (Hukamak).

Ubatilah kemarahan itu dengan diam, kemurkaan itu akan lekas lenyap bagi orang yang baik hati. Memaafkan terlebih mulia daripada menghukum. Perlihatkan marah anda kesalahan dan maafkanlah orang itu. Orang yang manis lidahnya nanti banyak saudaranya.

Nyalangkanlah mata di kala berjalan kerana di tengah jalan pasti akan bertemu kesempatan. Adapun kesempatan itu sendiri buta pasanglah dia kuat-kuat kerana datangnya tidak memberitahu, perginya pun tidak meminta izin.

"Bersusah hati tentang apa yang tidak anda miliki,
adalah membazirkan apa yang anda miliki."

Musim panas itu menyeronokkan, hujan itu menyegarkan, angin itu menguatkan , salji itu menggembirakan; yang dikatakan cuaca buruk itu sebenarnya tiada, yang ada hanya jenis-jenis cuaca baik yang berbeza sahaja. Daripada sesuatu yang buruk itu sentiasa lahir sesuatu yang baik.

Kejayaan itu suatu perjalanan, bukan suatu tempat tujuan – separuh daripada keseronokannya terdapat dalam menuju ke sana.

Ada baiknya juga jika kita mengetahui kesudahannya bagi sesuatu perjalanan itu supaya memberi hala tuju kepada kita, tetapi yang penting pada kesudahannya adalah perjalanan itu sendiri.

Kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada pencapaian. Usaha sempurna itu adalah kemenangan sempurna.

Ingatlah, seekor ular tidak akan dapat terus membesar jikalau kulit lamanya tidak tanggal. Bukan lampu lalu lintas hijau sahaja yang baik untuk kita. Kita juga memerlukan lampu lalu lintas merah, supaya kita boleh berhenti, melihat dan meneruskan perjalanan!

Jika anda menginginkan pelangi, anda kenalah bertahan dengan hujan.

Jika kita mendongak ke langit di waktu malam, kita akan nampak bahawa SEMAKIN GELAP langit itu, SEMAKIN TERANG kelihatan bintang-bintangnya! Mengapakah kita tidak dapat melihat bintang-bintang di waktu siang hari? Bukannya bintang-bintang itu tiada disana. Tetapi ia tidak kelihatan kerana cahaya matahari terlalu kuat sehingga “melenyapkan” bintang-bintang itu dari pandangan. “Kegelapan” diperlukan untuk menzahirkan bintang-bintang itu!

Kesusahan dan kekalahan membolehkan kita mengembangkan akal kita dan maju kehadapan.

Masa sukar, masa teruk, masa “murung”, masa menderita – semuanya dijadikan untuk membentuk diri anda – sebagaimana api membentuk emas.

Bagaimanakah minyak wangi dihasilkan daripada bunga-bunga? Bunga-bunga itu perlu diperah barulah kita boleh mendapati minyak wangi daripadanya. Proses “pemerahan” inilah, yakni pengalaman-pengalaman “gagal” ini, yang menghasilkan yang terbaik daripada dalam diri kita.

Kejayaan diukur bukanlah sekadar mengikut kedudukan yang telah dicapai dalam hidup tetapi lebih penting lagi mengikut bilangan dan tahap kesukaran rintangan-rintangan yang telah diatasi dalam mencapai kedudukan itu.

Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan. Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat, dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat. Dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak juga pernah membuat penemuan.

Kita tidak belajar daripada kejayaan-kejayaan kita, kita belajar daripada kegagalan-kegagalan kita. Sesetengah orang apabila gagal mereka terus tinggal dalam kegegagalan. Sesetengah yang lain apabila gagal mereka belajar daripadanya dan terus maju.

Kita belajar melalui penglihatan, pendengaran, pengalaman dan peniruan. Andaikan tiada sebarang kesilapan yang berlaku – kita masih terus belajar melalui laluan yang betul. Tetapi, bagaimana kita tahu bahawa itu adalah laluan yang betul “kecuali kita tahu yang mana satu laluan yang salah?”

Dan hanya menerusi kesilapan, rintangan dan kegagalan, baru kita ‘blajar’ membuat sesuatu yang betul dan akhirnya mencapai matlamat kita. Oleh itu, kita tidak seharusnya berasa takut terhadap kesilapan, rintangan, dan kegagalan. Mereka adalah sebahagian daripada perjalanan menuju ke matlamat kita. Dan kita juga tidak punya cara untuk mengelakkannya – selagi kita harus belajar.

“Sekiranya aku tidak membuat sebarang kesilapan, aku pasti bahawa aku tidak akan belajar dan maju jaya”.

Kehidupan bukanlah suatu pelarian daripada kesilapan atau berasa kecewa apabila kita gagal. Ia adalah pembelajaran tentang bagaimana menguruskan kesilapan dan kekecewaan yang akhirnya membolehkan kita sampai ke matlamat kita.

Adalah penting sekali bagi anda untuk menyedari bahawa kita sepatutnya belajar meskipun dalam waktu bagus. Dan bagaimanakah kita boleh berbuat begitu? Dengan sekali-sekala merenungkan waktu-waktu sukar, ketika kita menderita, ketika kita brmurung, ketika segala-galanya seperti menentang kita – kerana hanya waktu-waktu sukar sahaja yang memberi pelajaran terbaik.

Orang yang gagal dalam hidupnya ialah orang yang hidup dan gagal belajar.

KEGAGALAN sering bertutur dengan kita dalam “bahasa bisu” yang tidak kita fahami. Jikalau ini tidak benar, kita tidak akan membuat kesilapan yang sama berulang kali tanpa mendapat faedah daripada pengajaran yang ia mengajarkan kepada kita. Jikalau ini tidak benara, kiota akan memerhati dengan lebih teliti kesilapan-kesilapan yang telah dibuat oleh orang lain dan mendapat faedah daripadanya.

Orang yang selalu bersenam lazimnya lebih kuat dan sihat daripada mereka yang tidak. Otot-otot kita perlu “berjuang” untuk membuat kita lebih kuat. Orang yang “bekerja” entah bagaimana biasanya lebih “cergas” daripada mereka yang hanya duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa.

Ketenangan yang mebuat kita terlena mungkin lebih berbahaya daripada rebut yang membuat kita terus terjaga.

Perjuangan memaksa kita bergerak tatkala kita selainnya cenderung berehat. Dan ia membawa kita kesudahannya kepada kesedaran penuh bahawa kejayaan hanya akan tercapai melalui perjuangan. Tiada apa pun yang bernilai dalam hidup ini yang mungkin diperolehi tanpa perjuangan. Jikalau ia mudah diperolehi, sudah tentu semua orang akan mendapatkannya.

Apabila kita memanjat tangga kehidupan kita perlu berfikir (perjuangan akliah). Apabila kita membiarkan diri kita tergelincir dengan tidak berbuat apa-apa dan menyerah kepada hidup yang mudah, kita menghentikan proses pemikiran.

Dalam keadaab bagaimanakah seseorang itu perlu berjuang? Sudah sepastinya bukan ketika segala-galanya bergerak lancer atau apabila semuanya senang-lenang. “Perjuangan” hanya diperlukan sewaktu kita menghadapi kerumitan.

Kegagalan itu dari satu sudut merupakan jalan besar menuju kejayaan, sepertimana setiap penemuan sesuatu yang palsu membuat kita mencari dengan tekun apa yang benar, dan setiap pengalaman baru menunjukkan kepada kita sesuatu bentuk kesilapan yang kita akan cuba berhati-hati menghindari selepasnya.

Perjuangan hidup, dalam kebanyakan hal, diperjuangi secara mendaki keatas, dan menang tanpa pergelutan adalah hamper seperti menang tanpa kebanggan. Jika tiada kesukaran, tidak akan ada kejayaan; jika tiada apa-apa yang dipergelutkan, tiada apa-apa jua yang akan tercapai. Kesukaran mungkin menggerunkan mereka yang lemah, tetapi memberi peransang menyegarkan kepada orang yang tegas dan berani. Segala pengalaman hidup sememangnya berperanan untuk membuktikan bahawa rintangan yang menghalang kemajuan manusia mungkin, kebanyakannya, diatasi dengan perilaku baik, semangat yang jujur, kercergasan, ketabahan, dan dengan keazaman untuk mengatasi sebarang kesukaran.

Perjuangan hidup, penderitaan jiwa, dan seksaan itu semuanya perlu jika anda ingin menjadi unggul. Jadi janganlah memaki-hamun dan menyumpah seranah, tetapi di sebaliknya fahamilah dan hargailah pengalaman-pengalaman sedemikian ketika anda mengalaminya kerana ia merupakan sebahagian daripada penyempurnaan seorang manusia.

Saturday, December 09, 2006

Bukanlah kudrat hamba melawan takdirNYa. Luka di hati memang Tidak terucap. Tidak tergambar. Tidak terluah hanya dengan kata-kata. Mata yang memandang, tidak sama dengan hati yang menahan tangisan perpisahan. Meskipun ibarat telah mati, malangnya jasad masih bernyawa, nadi masih berdenyut, darah masih merah mengalir. Lalu luka itu biarlah ia sembuh sendiri. Meskipun begitu hebat dugaan perpisahan itu, kehidupan mesti diteruskan. Dinekadkan hati dengan keyakinan bahawa Allah lebih tahu segala yang terbaik.

Dan sememangnya sudah lumrah alam, yang melukakan jauh lebih menderita daripada yang dilukai, kerana yang dilukai akan dirawat oleh Tuhan manakala yang melukai akan terus merasakan beban siksa perpisahan.

PERTEMUAN itukah yang kita impikan? Pertemuan itukah yang kita idamkan? Sesungguhnya… setiap pertemuan itu membibitkan kuntuman kemesraan, membuahkan sejuta kenangan dan meluruhkan serpihan-serpihan kedukaan.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, walau cinta adakalanya membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam. Dimana ada cinta disitu ada kehidupan; manakala kebencian membawa kemusnahan.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali sebuah kepercayaan.

Sesungguhnya tiada kekuatan untuk mengubah apa pun yang telah terjadi. Tidak dapat menarik segala perkataan yang telah terucap. Tidak juga mampu menghapus kesalahan dan mengulangi detik-detik kegembiraan saat cinta mekar dihati kita.

Segala pintu masa lalu telah tertutup. Semua lorong serasa sunyi seolah tiada pernah berpenghuni…. pintu masa depan belum tiba. Terlalu sukar untuk memaafkan kesilapan hari kelmarin dan ketakutan untuk menempuh hari esok, kerana yang ada hanyalah hari ini… esok lusa belum tentu abadi.

Sesuatu yang dapat kita pelajari daripada sebuah percintaan yang berlandaskan sekeping hati suci ini ialah, cuba memurnikan hati dengan menerima kesilapan orang lain sebagai pengajaran dimasa akan datang… bukan sebagai hukuman.

CINTA yang hanya wujud tetapi tidak mungkin bersatu jasad. Cinta lama yang kembali bergema dihati ini. Gembirakah hati ini bila mengenang sesuatu yang telah pergi dari hati ini!...

KERANA cinta itu bukanlah sesuatu yang kita pinta. Semuanya lahir dengan kehendakNya Yang Maha Esa. Kehendak yang hanya datang dan pergi dengan izin daripadaNya.

‘Sebagai manusia kita selalu harapkan sesuatu yang indah dalam kehidupan dan percintaan…. Tapi tiba masanya bila datang dugaan daripada Allah, manusia akan tinggalkan kita. Hanya yang ada….. harapan kita kepada Allah’

Hidup ini penuh dengan kecewa. Bukan diri ini sahaja malah orang lain juga. Cuma pada orang lain kita tak berupaya melihatnya. Pada diri kita, kita dapat merasakannya. Kecuali kita berserah sepenuhnya kepada Allah. Dia yang menguasai seluruh isi dunia ini. Dia juga yang menguasai seluruh hati dan jasad manusia. Kasih sayang orang di sekeliling terhadap kita juga sebenarnya ialah pemberian Allah….. semuanya milik Dia. Jadi kalau kita serahkan sepenuh hati dan kehidupan kita kepadaNya, kita takkan risau…… pun kita takkan putus asa meskipun kadangkala kita terpaksa berdepan dengan kekecewaan.

Hari ini bukanlah semalam, walaupun hari ini bermula dengan terbitnya fajar seperti semalam. Semuanya sebagai suatu ketetapan yang ditakdirkan Tuhan semenjak terciptanya bumi ini sama ada datangnya dengan awan yang cerah atau awan yang berarak mendung. Fajar tetap fajar dan tetap datang… Senja semalam juga sama datang dan perginya menghilang di sebalik tabir langit yang memisahkan pandangan manusia dengan segala rahsiaNya.

Ibarat memandang bulan, terlupa cahaya pelita di kamar. Seperti mahu berumah tanpa dinding, beratap dengan langit… seperti mahu menghirup embun dan melupakan air di kali… kalaulah sudah takdir hilang mentari di hujung langit, terbayarkah harga sekeping hati yang tidak mahu redha…?

Hidup ini memang pelik. Tetapi yang pelik itulah kadang-kadang memaniskan dan mewarnakan kehidupan kita menjadi seperti pelangi. Dihiasi dengan pelbagai warna. Walaupun kadangkala ia berwarna cerah dan bertukar menjadi suram, ia tetap cantik. Dan ia tetap mencantikkan lagi perjalanan hidup kita.

PERPISAHAN akan lebih memuliakan hati insan. Bila berjauhan, waktu itulah kita mahu menilai erti dan makna atas setiap orang yang kita temui dan setiap perkara yang kita tempuhi.

Sekalipun kecewa, letakkan amanah dan tanggungjawab di hadapan mendahului segala-galanya. Demi kasih Allah. Dan kalaulah datang untuk kita suatu yang kita mahukan……. Itulah kehendak Allah. Sekalipun pahit, namun sebagai hambaNya mampukah kita menolak takdir yang datang? Begitu juga dengan sesuatu yang kita tidak suka, Kalau ia datang, ia juga merupakan suatu anugerah. Namun takdirlah yang akan menentukan segalanya.

Dan perasaan itu sama ada bahagia atau cinta, derita atau kecewa, kalaulah boleh diambil dan dicampak sekehendak hati ini… maka pastinya tiadalah yang bernama derita. Tiadalah istilah sengsara. Cinta derita, bahagia dan kecewa ini sesungguhnya ialah anugerah yang mencorakkan insan seperti pelangi.

Tiada suatu kenikmatan kecuali mesti disertai dengan sesuatu yang tak menyenangkan. Tak ada kebahagiaan, kecuali mesti disertai oleh sesuatu yang menyusahkan. Tak ada kelapangan, kecuali mesti disertai kesempitan.

Kita hanya kan sedar kemanisan itu setelah berjaya melalui detik-detik yang sukar. Kenyataan tidak akan jadi semudah apa yang diinginkan. Disinilah letaknya nilai kehidupan.

Tidak pula Allah menimpakan ujian untuk menzalimi hambaNya. Melainkan untuk mendidik dan menyedarkan bahawa tidak ada satu pun di dunia ini adalah milik manusia yang abadi meskipun sesuatu itu TERAMAT KITA SAYANGI. TERAMAT KITA KASIHI. Datang dan pergi segala yang ada di dunia ini adalah dengan kehendakNya. Redhalah hati sepenuhnya.

Menyimpan dendam di dalam hati hanya akan buatkan diri kita tak dapat hidup dengan tenang. Walaupun seseorang itu memang jelas bersalah terhadap kita, biarlah dia sorang yang terima hukuman. Tak adil jika kita mahu menghukum diri kita dengan perasaan dendam sekalipun kita tak bersalah, sekalipun kita memang layak untuk menyimpan dendam itu.

Ada sebuah nasihat yang menganjurkan agar jangan berputus asa jika kakimu terantuk dan engkau terjatuh ke dalam lubang yang dalam. Kelak engkau akan keluar darinya dengan kekuatan dan daya tahan yang lebih kukuh. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Jangan bersedih sekiranya orang yang selama ini dekat denganmu menghunjamkan anak panah ke tubuhmu. Kerana nanti engkau akan mendapatkan orang lain yang akan mencabutkan anak panah tersebut, mengubati lukamu dan mengembalikan kehidupan dan senyumanmu.

Jangan sering bernaung di atas gedung reruntuhan, terutama bila sekelompok kelawar telah menghuninya dan kegelapan telah menghampirinya. Carilah kicauan burung yang menembus cakerawala bersama sinar pagi yang cerah.

Jangan melihat kertas-kertas yang telah berubah warnanya, huruf-hurufnya yang membingungkan, dan tulisannnya yang sudah suram. Engkau akan menyedari bahawa tulisan itu bukanlah tulisan yang terbaik yang pernah engkau tulis. Dan kertas itu bukan kertas terakhir yang engkau tuliskan. Engkau harus membezakan antara orang yang meletakkan tulisanmu di matanya dengan orang yang menyerahkannya pada angin. Tulisan ini tidak hanya ucapan indah yang berlalu begitu saja, akan tetapi dia adalah perasaan hati yang hidup pada setiap hurufnya, menggoncangkan denyut jantung orang yang membawanya dengan penuh kesabaran, dan membakar kepiluannya dengan api.

Jangan anda seperti raja yang murung, nama julukan burung ajaib yang mengeluarkan kicauan merdunya bila berdarah kerana terluka sehingga dijuluki dengan nama tersebut. Sesungguhnya tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang seimbang dengan nilai darah anda walau setitis pun.

Benarlah kata orang, hidup tak seindah impian. Impian seringnya bagai bunga ditaman.

Musim panas itu menyeronokkan, hujan itu menyegarkan, angin itu menguatkan , salji itu menggembirakan; yang dikatakan cuaca buruk itu sebenarnya tiada, yang ada hanya jenis-jenis cuaca baik yang berbeza sahaja. Daripada sesuatu yang buruk itu sentiasa lahir sesuatu yang baik.

Kejayaan itu suatu perjalanan, bukan suatu tempat tujuan – separuh daripada keseronokannya terdapat dalam menuju ke sana.

Ada baiknya juga jika kita mengetahui kesudahannya bagi sesuatu perjalanan itu supaya memberi hala tuju kepada kita, tetapi yang penting pada kesudahannya adalah perjalanan itu sendiri.

Kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada pencapaian. Usaha sempurna itu adalah kemenangan sempurna.

Ingatlah, seekor ular tidak akan dapat terus membesar jikalau kulit lamanya tidak tanggal. Bukan lampu lalu lintas hijau sahaja yang baik untuk kita. Kita juga memerlukan lampu lalu lintas merah, supaya kita boleh berhenti, melihat dan meneruskan perjalanan!

Jika anda menginginkan pelangi, anda kenalah bertahan dengan hujan.

Jika kita mendongak ke langit di waktu malam, kita akan nampak bahawa SEMAKIN GELAP langit itu, SEMAKIN TERANG kelihatan bintang-bintangnya! Mengapakah kita tidak dapat melihat bintang-bintang di waktu siang hari? Bukannya bintang-bintang itu tiada disana. Tetapi ia tidak kelihatan kerana cahaya matahari terlalu kuat sehingga “melenyapkan” bintang-bintang itu dari pandangan. “Kegelapan” diperlukan untuk menzahirkan bintang-bintang itu!

Kesusahan dan kekalahan membolehkan kita mengembangkan akal kita dan maju kehadapan.

Masa sukar, masa teruk, masa “murung”, masa menderita – semuanya dijadikan untuk membentuk diri anda – sebagaimana api membentuk emas.

Bagaimanakah minyak wangi dihasilkan daripada bunga-bunga? Bunga-bunga itu perlu diperah barulah kita boleh mendapati minyak wangi daripadanya. Proses “pemerahan” inilah, yakni pengalaman-pengalaman “gagal” ini, yang menghasilkan yang terbaik daripada dalam diri kita.

Kejayaan diukur bukanlah sekadar mengikut kedudukan yang telah dicapai dalam hidup tetapi lebih penting lagi mengikut bilangan dan tahap kesukaran rintangan-rintangan yang telah diatasi dalam mencapai kedudukan itu.

Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan. Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat, dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat. Dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak juga pernah membuat penemuan.

Kita tidak belajar daripada kejayaan-kejayaan kita, kita belajar daripada kegagalan-kegagalan kita. Sesetengah orang apabila gagal mereka terus tinggal dalam kegegagalan. Sesetengah yang lain apabila gagal mereka belajar daripadanya dan terus maju.

Kita belajar melalui penglihatan, pendengaran, pengalaman dan peniruan. Andaikan tiada sebarang kesilapan yang berlaku – kita masih terus belajar melalui laluan yang betul. Tetapi, bagaimana kita tahu bahawa itu adalah laluan yang betul “kecuali kita tahu yang mana satu laluan yang salah?”

Dan hanya menerusi kesilapan, rintangan dan kegagalan, baru kita ‘blajar’ membuat sesuatu yang betul dan akhirnya mencapai matlamat kita. Oleh itu, kita tidak seharusnya berasa takut terhadap kesilapan, rintangan, dan kegagalan. Mereka adalah sebahagian daripada perjalanan menuju ke matlamat kita. Dan kita juga tidak punya cara untuk mengelakkannya – selagi kita harus belajar.

“Sekiranya aku tidak membuat sebarang kesilapan, aku pasti bahawa aku tidak akan belajar dan maju jaya”.

Kehidupan bukanlah suatu pelarian daripada kesilapan atau berasa kecewa apabila kita gagal. Ia adalah pembelajaran tentang bagaimana menguruskan kesilapan dan kekecewaan yang akhirnya membolehkan kita sampai ke matlamat kita.

Adalah penting sekali bagi anda untuk menyedari bahawa kita sepatutnya belajar meskipun dalam waktu bagus. Dan bagaimanakah kita boleh berbuat begitu? Dengan sekali-sekala merenungkan waktu-waktu sukar, ketika kita menderita, ketika kita brmurung, ketika segala-galanya seperti menentang kita – kerana hanya waktu-waktu sukar sahaja yang memberi pelajaran terbaik.

Orang yang gagal dalam hidupnya ialah orang yang hidup dan gagal belajar.

KEGAGALAN sering bertutur dengan kita dalam “bahasa bisu” yang tidak kita fahami. Jikalau ini tidak benar, kita tidak akan membuat kesilapan yang sama berulang kali tanpa mendapat faedah daripada pengajaran yang ia mengajarkan kepada kita. Jikalau ini tidak benara, kiota akan memerhati dengan lebih teliti kesilapan-kesilapan yang telah dibuat oleh orang lain dan mendapat faedah daripadanya.

Orang yang selalu bersenam lazimnya lebih kuat dan sihat daripada mereka yang tidak. Otot-otot kita perlu “berjuang” untuk membuat kita lebih kuat. Orang yang “bekerja” entah bagaimana biasanya lebih “cergas” daripada mereka yang hanya duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa.

Ketenangan yang mebuat kita terlena mungkin lebih berbahaya daripada rebut yang membuat kita terus terjaga.

Perjuangan memaksa kita bergerak tatkala kita selainnya cenderung berehat. Dan ia membawa kita kesudahannya kepada kesedaran penuh bahawa kejayaan hanya akan tercapai melalui perjuangan. Tiada apa pun yang bernilai dalam hidup ini yang mungkin diperolehi tanpa perjuangan. Jikalau ia mudah diperolehi, sudah tentu semua orang akan mendapatkannya.

Apabila kita memanjat tangga kehidupan kita perlu berfikir (perjuangan akliah). Apabila kita membiarkan diri kita tergelincir dengan tidak berbuat apa-apa dan menyerah kepada hidup yang mudah, kita menghentikan proses pemikiran.

Dalam keadaab bagaimanakah seseorang itu perlu berjuang? Sudah sepastinya bukan ketika segala-galanya bergerak lancer atau apabila semuanya senang-lenang. “Perjuangan” hanya diperlukan sewaktu kita menghadapi kerumitan.

Kegagalan itu dari satu sudut merupakan jalan besar menuju kejayaan, sepertimana setiap penemuan sesuatu yang palsu membuat kita mencari dengan tekun apa yang benar, dan setiap pengalaman baru menunjukkan kepada kita sesuatu bentuk kesilapan yang kita akan cuba berhati-hati menghindari selepasnya.

Perjuangan hidup, dalam kebanyakan hal, diperjuangi secara mendaki keatas, dan menang tanpa pergelutan adalah hamper seperti menang tanpa kebanggan. Jika tiada kesukaran, tidak akan ada kejayaan; jika tiada apa-apa yang dipergelutkan, tiada apa-apa jua yang akan tercapai. Kesukaran mungkin menggerunkan mereka yang lemah, tetapi memberi peransang menyegarkan kepada orang yang tegas dan berani. Segala pengalaman hidup sememangnya berperanan untuk membuktikan bahawa rintangan yang menghalang kemajuan manusia mungkin, kebanyakannya, diatasi dengan perilaku baik, semangat yang jujur, kercergasan, ketabahan, dan dengan keazaman untuk mengatasi sebarang kesukaran.

Perjuangan hidup, penderitaan jiwa, dan seksaan itu semuanya perlu jika anda ingin menjadi unggul. Jadi janganlah memaki-hamun dan menyumpah seranah, tetapi di sebaliknya fahamilah dan hargailah pengalaman-pengalaman sedemikian ketika anda mengalaminya kerana ia merupakan sebahagian daripada penyempurnaan seorang manusia.

Mawar..(Untuk Mu WanitaKu…)

Kasihanilah orang-orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang orang yang memerlukan pertolongan, nescaya akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.

Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga telah menunggumu.

Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

Jangan anda mengira dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada seorang pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan.

Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan bila dilempar batu, ia membalas dengan buah kurmanya.

Pernah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan masa lalu, dan sesunguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?

Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan. insyaAllah.

Padamkan api kedengkian dan prasangka di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu.

Mandi, berwudhu’, memakai wewangian pemakanan dengan teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan. Berbahagialah jika dalam hidupmu (walau hanya sekali…) jika ada insan yang menyayangimu dan menyintaimu dengan sepenuh hatinya…Diammu berfikir dan senyummu memberikan segala ketenangan….Apa yang berlalu biarlah berlalu…cita-cita adalah harapan yang belum pasti…tetapi usaha, doa dan tawakkal dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani…

Jangan Mengaku Kalah

Bila sesuatu jadi tak kena, kadang-kadang
Ia berlaku, dan jalan yang anda lalui
Semuanya mendaki. Bila perolehan sedikit
Dan hutang tinggi, dan anda mahu senyum
Tetapi anda terpaksa mengeluh. Bila tiada
Orang yang memperdulikan anda,
Berehatlah jika terpaksa, tetapi jangan
Mengaku kalah.

Hidup ini sukar dan berliku-liku,
Sepertimana setiap kita kadangkala
Mengetahui. Dan banyak kegagalan
Berlaku, dimana dia patut menang jika
Jiwanya teguh. Jangan mengaku kalah,
Walaupun langkah kelihatan perlahan.
Anda mungkin berjaya jika anda mencuba
Sekali lagi.

Biasanya matlamat adalah lebih hampir
Dari apa yang dari apa yang ditanggap oleh orang yang
Lemah dan tiada bertenaga. Biasanya orang
Yang berusaha mengaku kalah sedang dia
Amat lambat belajar, ketika hari sudah
Gelap. Sayang. Hampirnya dia dengan
Takhta keemasan.

Kejayaan adalah kegagalan yang
Diterbalikkan. Warna perak awan
Keraguan. Dan anda tidak tahu betapa
Hampirnya anda kepadanya. Ia mungkin
Dekat walaupun tampak jauh. Jadi
Kekallah berjuang walaupun sukar. Walau
Suasana amat buruk, janganlah mengaku
Kalah.

Ilmu Yang Bermanfaat

1.. Mengetahui hak-hak waktu

2.. Menjernihkan hati

3.. Membenci keduniaan

4.. Mendekatkan kepada syurga

5.. Menjauhi neraka

6.. Meningkatkan rasa takut kepada Allah

7.. Mengharapkan Allah

8.. Mengetahui akibat-akibat yang ditimbulkan oleh hawa nafsu

9.. Membersihkan hawa nafsu.

Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang diamalkan.

Ilmu adalah lebih utama daripada harta. Ilmu menjagamu, sedangkan kau harus menjaga hartamu. Harta akan berkurang bila kau nafkahkan, sedangkan ilmu bertambah subur bila kau nafkahkan. Demikian pula budi yang ditimbulkan dengan harta akan hilang dengan hilangnya harta. Makrifat ilmu, seperti juga agama, merupakan pegangan hidup terbaik. Dengannya orang akan beroleh ketaatan dan penghormatan sepanjag hidupnya serta nama harum setelah wafatnya. Ilmu adalah hakim dan harta adalah sesuatu yang dihakimi.

Kerana manalah ada penulis di dunia ini,
Yang mengajar secantik mata seorang perawan?
Belajar itu tidak lain melainkan
Menguntungkan diri kita.

Cara manusia bertindak bergantung kepada sikapnya. Cara dia bersikap bergantung kepada kesimpulannya. Cara dia mengambil kesimpulan bergantung kepada cara dia berfikir. Dan cara dia berfikri bergantung kepada pengetahuan dan pengalamannya.

Ada empat jenis insan itu:

1. Insan yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu, itulah orang yang lalai.
Oleh itu, berilah mereka peringatan.

2. Insan yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu; itulah orang
Yang bodoh dan degil. Oleh itu tinggalkan mereka.

3. Insan yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu; itulah orang yang
Jahil. Oleh itu ajarlah mereka.

4. Insan yang tahu dan tahu bahawa dia tahu; iulah orang yang berilmu. Oleh
Itu ikutilah mereka.

Cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah…. Semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Birpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja.

Lihatlah ke arah awan, jangan melihat kearah tanah…Seandainya tiada nyala api yang ada di sebelahku, Tentulah bau harum kayu gaharu tidak akan tercium.

Di kanan duri di kiri cinta. Sepatutnya yang kanan menjadi pilihan. Sayangnya semua itu ialah duri. Dan di kiri walaupun adalah cinta, tetap terpisah juga. Bolehkah diri ini hidup tanpa kiri atau kanan? Bolehkah diri ini hidup tanpa perlu membuat pilihan? Berjuang menentang perasaan sendiri bukannya semudah yang dikata. Tidak sesenang yang disangka. Memikirkan betapa manusia tidak mempunyai walau sekelumit kudrat untuk menentang kehendak Allah.

Cinta akan lebih mulia kalau tidak bersama. Ia akan terpelihara dan murni sampai bila-bila. Lumrah cinta, apabila bersama ianya akan dikotori dengan perbalahan, prasangka, permusuhan dan jemu. Mungkin Allah mahu menjadikan cinta ini terpelihara dan suci sampai bila-bila.

Apabila kamu meminta, mintalah pada Allah, dan apabila minta tolong, minta tolonglah kepada Allah. Ketahuilah, bahawa andaikata semua manusia bekerjasama untuk memberi suatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah untukmu.

Air mata boleh berlinang dan hati boleh bersedih, tetapi kita tidak boleh mengeluarkan kata-kata, kecuali yang diredhai oleh Tuhan kita.

Kita hiduplah dengan apa yang kita ada. Kalau kita ingin lebih daripada yang ada, kita ikhtiar, kita usaha.

Benarlah kata orang, memahami dan mengerti adalah antara pekerjaan yang paling sukar untuk dilaksanakan.

Memang kita wajar berusaha menjadi manusia sempurna walaupun perkataan sempurna itu tidak pernah melengkapkan manusia. Manusia perlu tiga perkara. Ikhtiar, bersabar dan berdoa.

ALLAH yan menentukan segalanya tapi sebelum segala yang bukan diimpikan menjadi ketentuan, kita perlukan berusaha merancang kehidupan kita sendiri.

AIR MUKA adalah pancaran dari hati nurani, walaupun bibir kita boleh memalsukan maklumat, tapi air muka tidak!

ERATNYA hubungan bukan boleh menjadi kayu pengukur hati budi orang.

KITA dilahirkan dengan kuku dan taring tapi sebaliknya kita memilih gigi dan jari untuk mempertahankan diri kita.

YANG penting dalam kehidupan ialah 'perjuangan' bukan kejayaan. Perjuangan inilah yang cuba aku lakukan,hidup tanpa belas kasihan orang lain....

Jikalau anda kehilangan kegembiraan, cara yang paling baik dan paling sebak untuk mengembalikannya ialah duduk dengan riang hati dan bertindak serta berbicara seolah-olah kegembiraan hati anda telah anda miliki kembali.

Tindakan rupanya mengikuti perasaan, tetapi tindakan dan perasaan itu memang seiring. Dan dengan mengatur tindakan yang lebih akan menyebabkan berada di bawah kawalan nafsu, secara tidak langsung kita dapat mengawal perasaan.

Orang tidak akan menderita kerana apa yang terjadi, tetapi menderita kerana pendapatnya sendiri tentang apa yang terjadi. Dan pendapat tentang apa yang terjadi itu seluruhnya terserah pada kita sendiri.

Ketenteraman dan kedamaian jiwa kita serta kegembiraan yang kita perolehi dalam hidup ini bukan bergantung kepada tempat kita berada, atau apa yang kita miliki, atau siapa kita, tetapi semata-mata bergantung daripada sikap mental atau batin kita. Keadaan luar sedikit saja pengaruhnya.

KEGAGALAN bukanlah bererti anda seorang yang gagal
Ia hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi

Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa
Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu

Kegagalan bukanlah bererti anda seorang bodoh kerana mencuba
Ia bererti anda berani, anda berhati teguh,
bersemangat waja - berbanggalah dengan diri anda

Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak akan berjaya
Ia hanyalah bermakna memerlukan sedikit lagi masa

Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang
Ia hanyalah bermakna anda berpeluang untuk
bermula semula; mencuba sesuatu yang baru

Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda
Ia hanyalah bermakna Dia mempunyai rancangan yang lebih baik

Perkara paling penting apabila berhadapan dengan kesulitan adalah memberikan perhatian terhadap apa yang akan dilakukan, bukannya cuba mencari tentang apa yang tidakkena.

Bila keadaan menjadi buruk, kita menenangkan hati dengan menganggap bahwa ia akan menjadi lebih buruk. Dan apabila ia benar-benar menjadi bertambah buruk, kita menganggap bahawa ia pasti menjadi baik.

Kegagalan dan kekecewaan membuatkan kita begitu tertekan, tetapi ia juga mendatangkan kekuatan, membina watak dan ketahanan diri, yang menjadi bahan penting untuk mencapai kejayaan.

Bagi seorang yang berjiwa besar, kekecewaan adalah ibarat siraman air ke atas logam yang sedang terbakar. Ia mengukuhkan, meneguhkan, dan menjadikan logam tersebut semakin hebat dan bukan memusnahkannya.

Kesulitan dan kegagalan dalam hidup, sekiranya dipersesuaikan dan dilihat sebagai maklum balas pembetulan yang biasa, boleh digunakan untuk membetulkan kembali matlamat asal disamping boleh membangunkan kekuatan diri agar kebal terhadap sebarang kebimbangan, kekecewaan, serta memberi tindak balas yang bertentangan terhadap ketegangan diri (stress).

Sekiranya kegembiraan adalah merupakan kehidupan yang penuh keselesaan tanpa sebarang kebimbangan atau tanpa pedulikan apa yang berlaku di sekitar kita maka individu yang paling gembira mungkinlah si badak air yang sentiasa tersenyum di dalam lumpur.

Kita boleh membohongi sesetengah orang pada sesetengah masa. Kita boleh membohongi semua orang pada sesetengah masa. Tetapi kita tidak boleh membohongi semua orang sepanjang masa!.

Anak muda adalah seperti musim bunga; sebuah musim yang terlalu dipuji, dan lebih diingati dengan angin yang menggigit tulang daripada tiupan lembut bayu pagi. Musim buah adalah musim yang lunak; dan bunga yang hilang, kita perolehi kembali dengan lebih menguntungkan dalam bentuk buah-buahan.

Manusia menerima akibat bukan saja disebabkan oleh sesuatu perkara itu sendiri; tetapi oleh pandangan orang lain bila mereka melakukan perkara tersebut.

Sebatang anak tangga bukanlah dimaksudkan sebagai tempat merehatkan sebelah kaki si pemanjatnya; tetapi sekadar tempat berpijak sejenak, cukup untuk membolehkan ia meletakkan kakinya yang sebelah lagi pada suatu tempat yang lebih tinggi.

Seseorang harus sentiasa mendaki gunung yang lebih tinggi; tetapi bukan untuk sampai ke puncaknya.

Berpeganglah pada impianmu,
Kerana kalau impianmu
lenyap,
Engkau umpama burung cedera
yang tidak bersayap.

Melalui fikiran anda boleh menyebabkan emas yang terpendam di tengah gunung didorong ke arah anda; tetapi pastinya ia tidak tergali sendiri, membersihkan dirinya, membentuk dirinya menjadi sepasang syiling emas, dan bergolek di sepanjang jalan mencari arah untuk masuk kekantung anda. Untuk menjadikan perkara ini suatu kenyataan, anda harus mengaitkan pemikiran anda dengan tindakan peribadi.

Terdapat suatu bahan bagi fikiran di mana semua benda berasal daripadanya, dan di mana dalam keadaan asalnya, ia menyerap, menembusi dan memenuhi ruang-ruang kosong dalam alam ini. Sebuah fikiran dalam benda ini menghasilkan pelbagai perkara yang dibayangkan oleh pemikiran. Seseorang manusia boleh membentuk pelbagai perkara dalam fikirannya, dan dengan menekankan fikiran terhadap benda-benda yang tidak terbentuk, boleh menyebabkan perkara-perkara yang sedang difikirkannya dapat dicipta.

Kesulitan, kesukaran dan ujian dalam kehidupan, rintangan-rintangan yang dihadapi oleh seseorang dalam laluan menuju kejayaan adalah merupakan rahmat yang positif. Ia menjalin urat dan nadi agar menjadi lebih teguh, dan mengajar untuk berdikari. Bahaya adalah unsur pembinaan kuasa.

Seseorang adalah apa yang beliau fikirkan sepanjang hari.... Bagaimana mungkin beliau dapat memperolehi sesuatu yang lain?Hidup kita ini dibentuk oleh fikiran kita sendiri.

Bila kita memikirkan hal-hal yang membahagiakan, hidup kita menjadi bahagia. Bila kita memikirkan kesedihan, kita menjadi sedih. Bila kita memikirkan tentang ketakutan, kita menjadi takut. Bila kita memikirkan tentang sakit, mungkin kita akan sakit. Bila kita memikirkan tentang kegagalan, kita akan gagal. Bila kita terlalu memanjakan diri kita sendiri, tiada orang yang mahu menerima kita.

Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi: apa yang anda fikir, itulah anda. Banyak hal yang kita sebut sebagai kejahatan dan kemalangan..... sering kali dapat diubah menjadi kebaikan dan keuntungan, hanya dengan cara mengubah sedikit saja sikap batin seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang.

Berbaktilah kepada ibu bapa kerana tidak lama lagi ia akan meninggalkan anda. Dan hormatilah keduanya tanda ketinggian budi. Banyak orang menyesal kerana belum dapat berbuat baik ketika keduanya masih hidup.

Ada orang yang berdekatan badan tetapi hati berjauhan, dan ada pula badan yang berjauhan tetapi hati berdekatan.

Apakah anda ingat bahawa tidak ada kesenangan hati yang menyamai kesenangan bersahabat dan tidaklah ada kedudukan yang melebihi kedukaan putus persahabatan. Tiadalah paling sakit di dunia ini kalau kita sudah tersisih daripada pergaulan umum.

Adakah anda tahu bahawa hidup yang berguna ialah hidup yang ketika petang ada menyediakan suluh kerana malam akan tiba?

Apabila anda ketawa tentu dunia akan turut ketawa dan apabila anda menangis sendirian saja, hanya alam yang akan mentertawakan.

Apa yang anda sabarkan, anda akan kutip hasilnya kerana kesabaran menolong segala pekerjaan. Dalam kesusahan dan kesulitan itu tersembunyi nasihat-nasihat kebijaksanaan yang berharga.

Bermanis muka itu perkara senang,
Di kala hidup mengalir lancar bak arus tenang,
Namun orang yang berwibawa itu adalah
Dia yang mampu memberi senyuman

Ketika segala di sekitarnya penuh kesilapan!

Seseorang yang memahami tentang masa lalu tidak lagi memadai. Tidak juga memadai bagi beliau untuk memahami tentang masa kini, kerana persikataran yang ada sekarang ini akan lenyap sebentar lagi. Dia harus belajar untuk menduga tentang arah dan kadar perubahan. Dia harus - untuk menjadikannya lebih bersifat teknikal - belajar tentang kemungkinan-kemungkinan yang wujud, dan meningkatkan andaian jangka panjang tentang masa depan. Dan demikian juga dengan guru-gurunya.

Ilmu pengetahuan bukan benda nyata tetapi ia adalah merupakan harta paling penting pada hari ini. Ia boleh digunakan oleh ramai orang pada ketika yang sama untuk mencipta harta kekayaan, dan untuk menghasilkan lebih banyak ilmu pengetahuan. Dan sebagaimana kilang dan ladang, ilmu pengetahuan, untuk semua tujuan tidak akan pernah habis.

Sumber kuasa yang baru bukanlah wang yang terdapat pada segelintir orang tetapi ilmu pengetahuan yang terdapat pada ramai orang.

Fikiran anda adalah suatu peristiwa yang sungguh mengagumkan, menunggu masa untuk berlaku. Apabila anda dapat meyakinkan diri anda bahawa anda 'boleh' bukannya 'tidak boleh', anda akan kagum dengan diri sendiri.
Jadi, jika boleh menjadi cemerlang sekadar bagus adalah alang kepalang!

Adalah orang beriman itu tidak harap dapat untung, tidak cemas merugi, tidak terlampau gembira jika maksud sampai, tidak kecewa jika usaha kandas, tidak gembira dipuji, tidak berkecil hati dicela, tidak tertipu dapat nikmat dan tidak bersedih benar ditimpa kemalangan.

Apa yang kita tidak sukai janganlah kita lakukan kepada orang lain. Yang harus dihindarkan: Pemalas, kekejaman, kesombongan dan melupakan jasa orang. Jangan anda menghinakan orang lain kerana tiap-tiap sesuatu ada kelebihannya.

Akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan, harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang akan ditinggalkan.

Boleh jadi kesusahan yang anda derita itu kemudian hari menjadi kenang-kenangan yang tidak ternilai harganya bagi anda.

Lebih ramai orang harus belajar untuk mengarahkan ke mana wang mereka harus pergi; daripada menanyakan wang mereka, ke mana mereka pergi.
Untuk memperolehi harta kekayaan adalah sukar, untuk mengekalkannya lebih sukar, tetapi untuk berbelanja secara bijaksana adalah yang paling sukar sekali.

Orang berfikir bahawa mereka berjaya tanpa perlu berusaha. Ramai orang percaya bahawa pada suatu hari mereka akan bangun dari tidur dan mendapati diri mereka tiba-tiba menjadi kaya. Sebenarnya itu hanya separuh benar kerana pada akhirnya mereka telah sedar.

Ramai orang berfikir bahwa dengan menyorokkan wang, mereka akan memilikinya selamat. Jika wang adalah satu-satunya harapan anda untuk berdikari, anda tidak akan merasakannya. Satu-satunya keselamatan sebenar yang seseorang itu harus miliki dalam dunia ini ialah simpanan ilmu pengetahuan, pengalaman dan keupayaan.

"Mintalah, maka kamu akan diberi.
Carilah, maka kamu akan menemukannya.
Ketuklah, maka kamu akan dibukakan pintu."

Ketahuilah apa yang akan anda lakukan dan lakukanlah serta jangan undur kembali. Jika anda membuat kesilapan, buatlah kesilapan yang hebat. Seperti seorang yang pergi ke sebatang pokok di persimpangan jalan dan bertanya, "Arah manakah yang patutku ambil, arah ini atau itu?" Pergilah saja! Pilihlah satu arah dan pergilah. Unsur masa itu sentiasa ujud. Segala-galanya mempunyai masa dan tempat yang wajar baginya.

Jika anda dapati bahawa anda tidak mencapai sebarang kemajuan dalam sesuatu pekerjaan yang anda telah dilatih untuk melakukannya, latihlah semula diri anda atau lengkapi diri anda untuk pekerjaan yang berlainan sama sekali yang memberi peluang kejayaan masa depan yang lebih baik. Janganlah menghadkan diri anda dengan satu kemahiran sahaja. Ingatlah bahawa manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari kemahiran baru dan menceburi bidang usaha lain. Janganlah mempercayai bahawa seseorang itu seharusnya hidup dan mati dalam satu bidang sahaja. Jika orang lain boleh berjaya, anda juga boleh. Ada orang yang mungkin gagal dalam suatu bidang usaha tetapi begitu berjaya sekali dalam suatu bidang usaha yang lain.

Apabila seorang pemanah tidak mengenai sasarannya, ia menoleh dan mencari kesilapan pada dirinya sendiri. Kegagalan untuk mengenai pusat sasaran bukanlah salah sasaran. Untuk memperbaiki bidikan anda - perbaikilah diri anda sendiri.

Kebanyakan orang berpuas hati dengan kehidupan seperti kumpulan haiwan. Mereka sebenarnya tidak hidup sama sekali dalam erti kata kehidupan yang lebih luas. Mereka berpuashati dengan bernafas seperti biasa, makan dan minum, serta melakukan perkara-perkara rutin bagi mengisi keperluan hidup. Siang dan malam sama sahaja sehingga mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Manusia bukannya semata-mata hidup di muka bumi untuk bersenang-senang. Dia sebenarnya hidup untuk melakukan perkara penting demi kemanusiaan sejagat.

Sebenarnya, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Kegagalan yang dianggap menghancurkan hati pada ketika ini tidak lebih daripada riak-riak kecil di tengah gelombang pengalaman dalam lautan kehidupan pada masa hadapan.

Biasanya perbedaan di antara orang yang berjaya dan gagal bukan terletak pada keupayaan diri atau idea, tetapi terletak pada keberanian untuk melaksanakan idea, atau mengambil risiko yang telah diperhitungkan - dan bertindak.

"Saya tidak tahu mengenai kunci kejayaan,tetapi kunci kegagalan adalah cuba menggembirakanhati semua orang...." - Bill Cosby.

Apabila hati itu lunak, belas kasih dan sayang, maka tanaman itu tumbuh. Apabila hati itu keras, kasar maka tanahnya tandus, sedang tanah yangtandus itu tidak menumbuhkan tanaman.

Apabila kamu bercucuk tanam di puncak gunung maka tanaman itu tidak tumbuh dan itu lebih dekat kepada kerosakan. Belajarlah bercucuk tanam dari penanam, jangan kamu menyendiri dengan pendapatmu.

Nabi saw bersabda:
“Minta tolonglah atas setiap pekerjaan kepada ahlinya.”

Kamu sibuk dengan tanaman dunia, bukan tanaman akhirat. Apakah kamu tidak mengetahui bahawa penuntut dunia itu tidak menang bersama akhirat? Ia tidak melihat Allah, jika kamu menghendaki akhirat maka wajib atasmu meninggalkan dunia.

Dan jika kamu menghendaki Allah maka wajib atasmu meninggalkan bahagian-bahagian dunia dan makhluk, dan kamu telah sampai kepadanya. Apabila hal ini benar bagimu maka datanglah kepada dunia, akhirat, bahagian-bahagiannya dan makhluk.

Kerana mengikuti dengan tunduk dan terpaksa, kerana asal (pokok) bersamamu sedang cabang-cabang ini mengikuti asal (pokok) itu. Jadilah kamu orang yang berakal. Tidak ada keimanan bagimu, tidak ada akal bagimu, tidak ada pembedaan bagimu.

Tidak ada awan yang abadi juga matahari tidak akan terus bersinar, dari malam yang gelap gelita tak jarang lahir pagi hari. Tidak selamanya kegembiraan itu datang kerana kadang-kadang matahari ditutup oleh awan yang tebal, kesedihan yang dibawa ketawa ibarat panas mengandung hujan.....