Untuk Mu……
CINTA itu aneh, indah dan manis.
Cinta juga membuat hidup penuh bermakna.
Memberi kebebasan-

Kadang-kadang ingin dilaungkan agar cinta terus kekal selama-lamanya,
namun air mata selalu menukarkan kegembiraan dan kebahagiaan tetapi menakjubkan,
kerana cinta adalah sesuatu yang sukar ditafsirkan mustahil dapat dilihat atau dirasa tapi bila hati telah menyatakan sesuatu cinta,
Aneh tapi dapat digambarkan.



Langit Biru

Deru angin yang memburu
Merujul laluan
Bikin dedaun hati bergetar
Meliuk melanda kejau
Laungkan kepiluan
Haru itu biru warnanya
Manakan birunya jiwaku

Berdirilah dipentas itu
Tanpa membisik namaku
Kalau terputus paluan
Beranilah sambung kembali

Mungkin lebih biru
Langit mu disempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar ribut di dalam cangkir cuma
Bukannya aku untuk meramal
Juga dirimu
Pastikan
Hari mendatang

Berdirilah dipentas itu
Tanpa kau menyebut namaku

Mungkin lebih biru
Langit mu disempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar kalut ribut dicangkir cuma
Mungkin lebih hijau
Laman mu disempadan sebelah sana
Ataupun hanya
Ribut melanda didalam cangkir Cuma
Siapalah aku untuk meramal
Juga dirimu
Untuk pastikan
Lepaskan saja

Deru angin semalam sebuah cerita
Wajah-wajah jiwa insan yang biasa





Sunday, January 07, 2007

Musim panas itu menyeronokkan, hujan itu menyegarkan, angin itu menguatkan , salji itu menggembirakan; yang dikatakan cuaca buruk itu sebenarnya tiada, yang ada hanya jenis-jenis cuaca baik yang berbeza sahaja. Daripada sesuatu yang buruk itu sentiasa lahir sesuatu yang baik.

Adalah penting sekali bagi anda untuk menyedari bahawa kita sepatutnya belajar meskipun dalam waktu bagus. Dan bagaimanakah kita boleh berbuat begitu? Dengan sekali-sekala merenungkan waktu-waktu sukar, ketika kita menderita, ketika kita bermurung, ketika segala-galanya seperti menentang kita – kerana hanya waktu-waktu sukar sahaja yang memberi pelajaran terbaik.

Perjuangan memaksa kita bergerak tatkala kita selainnya cenderung berehat. Dan ia membawa kita kesudahannya kepada kesedaran penuh bahawa kejayaan hanya akan tercapai melalui perjuangan. Tiada apa pun yang bernilai dalam hidup ini yang mungkin diperolehi tanpa perjuangan. Jikalau ia mudah diperolehi, sudah tentu semua orang akan mendapatkannya.

Perjuangan hidup, penderitaan jiwa, dan seksaan itu semuanya perlu jika anda ingin menjadi unggul. Jadi janganlah memaki-hamun dan menyumpah seranah, tetapi di sebaliknya fahamilah dan hargailah pengalaman-pengalaman sedemikian ketika anda mengalaminya kerana ia merupakan sebahagian daripada penyempurnaan seorang manusia.

Perjuangan hidup, dalam kebanyakan hal, diperjuangi secara mendaki keatas, dan menang tanpa pergelutan adalah hampir seperti menang tanpa kebanggan. Jika tiada kesukaran, tidak akan ada kejayaan; jika tiada apa-apa yang dipergelutkan, tiada apa-apa jua yang akan tercapai. Kesukaran mungkin menggerunkan mereka yang lemah, tetapi memberi peransang menyegarkan kepada orang yang tegas dan berani.

Segala pengalaman hidup sememangnya berperanan untuk membuktikan bahawa rintangan yang menghalang kemajuan manusia mungkin, kebanyakannya, diatasi dengan perilaku baik, semangat yang jujur, kecergasan, ketabahan, dan dengan keazaman untuk mengatasi sebarang kesukaran.

Memenangi hati seseorang samalah dengan cuba menang dalam satu pertandingan. Semangat mesti kuat, mental mesti kuat, yakin pada diri, tabah hati. Apabila sanggup memberi komitmen, bererti sanggup juga menghadapi apa jua risiko yang bakal datang. Pihak lawan tentu juga tidak mahu kalah. Siapa yang bertanding tidak mahu menang?

Hidup ini penuh kenangan... yang mendewasakannya ialah pengalaman, yang mematangkannya pula ialah cabaran. Pahit manisnya sukar untuk dikenang, sayang sekali untuk dibuang. Dimiliki.... disayangi... menjadikan kehidupan itu suatu yang cukup bermakna dan indah. Namun selama mana mampu kita miliki yang indah-indah.

Kemahuan itu tidak dapat dibendung, keinginan itu tidak pantas dipujuk. Mulut mudah berkata tapi hati naluri payah menerima. Orang hanya tahu memujuk untuk mententeramkan kita tetapi orang tidak tahu perasaan sebenar kita. Hanya orang yang mengalami yang benar-benar mengerti.

Semua manusia mengejar kebahagiaan dan kesenangan. Bagaimana teliti sekali kita mengatur langkah tergelincir jua... bahang panas dipagi hari rupanya hujan di tengah hari. Begitulah antara cabaran yang pernah dan akan kita lalui. Kita sama-sama telah melalui kepahitan hidup walaupun dengan jalan yang berbeza.... yang pasti bangunlah...... walau dalam kekecewaan!

Dengan perjuangan yang tidak mengenal susah dan payah, tak mengenal sakit dan senang, dapat memuliakan diri seseorang. Gagal dalam kemuliaan lebih baik dari menang dalam kehinaan. Hidup ertinya berjuang kalau tidak berjuang ertinya tidak hidup. Dunia ini adalah medan perjuangan, manakah manusia sejati dan manakah yang palsu.

Seseorang yang memahami tentang masa lalu tidak lagi memadai. Tidak juga memadai bagi beliau untuk memahami tentang masa kini, kerana persikataran yang ada sekarang ini akan lenyap sebentar lagi. Dia harus belajar untuk menduga tentang arah dan kadar perubahan. Dia harus - untuk menjadikannya lebih bersifat teknikal - belajar tentang kemungkinan-kemungkinan yang wujud, dan meningkatkan andaian jangka panjangtentang masa depan. Dan demikian juga dengan guru-gurunya.

Ketahuilah apa yang akan anda lakukan dan lakukanlah serta jangan undur kembali. Jika anda membuat kesilapan, buatlah kesilapan yang hebat. Seperti seorang yang pergi ke sebatang pokok di persimpangan jalan dan bertanya, "Arah manakah yang patutku ambil, arah ini atau itu?" Pergilah saja! Pilihlah satu arah dan pergilah. Unsur masa itu sentiasa ujud. Segala-galanya mempunyai masa dan tempat yang wajar baginya.

Jika anda dapati bahawa anda tidak mencapai sebarang kemajuan dalam sesuatu pekerjaan yang anda telah dilatih untuk melakukannya, latihlah semula diri anda atau lengkapi diri anda untuk pekerjaan yang berlainan sama sekali yang memberi peluang kejayaan masa depan yang lebih baik. Janganlah menghadkan diri anda dengan satu kemahiran sahaja. Ingatlah bahawa manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari kemahiran baru dan menceburi bidang usaha lain. Janganlah mempercayai bahawa seseorang itu seharusnya hidup dan mati dalam satu bidang sahaja. Jika orang lain boleh berjaya, anda juga boleh. Ada orang yang mungkin gagal dalam suatu bidang usaha tetapi begitu berjaya sekali dalam suatu bidang usaha yang lain.

Kebanyakan orang berpuas hati dengan kehidupan seperti kumpulan haiwan. Mereka sebenarnya tidak hidup sama sekali dalam erti kata kehidupan yang lebih luas. Mereka berpuashati dengan bernafas seperti biasa, makan dan minum, serta melakukan perkara-perkara rutin bagi mengisi keperluan hidup. Siang dan malam sama sahaja sehingga mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Apabila seorang pemanah tidak mengenai sasarannya, ia menoleh dan mencari kesilapan pada dirinya sendiri. Kegagalan untuk mengenai pusat sasaran bukanlah salah sasaran. Untuk memperbaiki bidikan anda - perbaikilah diri anda sendiri.Manusia bukannya semata-mata hidup di muka bumi untuk bersenang-senang. Dia sebenarnya hidup untuk melakukan perkara penting demi kemanusiaan sejagat.

"Betapa jauhnya anda jatuh tidak menjadi hal, tetapi yang mustahaknya betapa tingginya anda bangkit kembali."
Apabila anda jatuh dan bangkit kembali ia menghasilkan sesuatu pada diri anda. Jatuh banyak kali dalam hidup itu adalah menyihatkan dan menyegarkan, jikalau anda bangkit kembali setiap kali - bangkit itulah yang mustahaknya.


Bagaikan sebuah lombong emas, emasnya yang termurni mungkin tidak ditemui di permukaannya, urat-uratnya yang terkaya mungkin hanya mengganjari mereka yang sabar membanting tulang bertahun-tahun lamanya, mereka yang obor keyakinannya, walau semalap mana ia menyala sesetengah waktunya, tetap sentiasa menyala, sehingga, biar bagaimana dan di mana, jejalur emasnya ditemui.

"...hidup adalah suatu pengembaraan, beranilah mencubanya...."
Janganlah biarkan diri anda kecewa akibat sebarang kegagalan selagi anda telah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan anda.


Kebanyakan orang membuat satu kesilapan yang sama dengan menganggap kegagalan sebagai musuh kejayaan. Anda semestinya mempergunakan kegagalan untuk kebaikan anda. Teruslah mara dan buatlah segala kesilapan. Buatlah sebanyak mana yang mungkin anda buat. Kerana, ingatlah bahawa disitulah tempat anda akan menemui kejayaan - di sebalik kegagalan.

Pekerjaan yang besar itu tidak berhajat kekuatan tetapi berhajat keteguhan hati. Dunia semakin kecil bukan kita kalau hati dan semangat kita bertambah besar. Gagah dalam penghidupan sampai saat kematian. Di dunia tidak ada yang bisa asal saja mahu bekerja dan berusaha. Besarnya dunia hanya sebesar fikiran manusia, berbuatlah apa yang telah kewajipan anda, jangan terlalu melihat akan hasil. Barang yang tidak diperdapat sekaliannya maka tidak boleh ditinggalkan seluruhnya.

Bagaimanapun juga beratnya, tiap-tiap orang pasti mampu memikul bebannya sendiri sampai malam tiba. Walau bagaimanapun beratnya tugas, setiap orang dapat menyiapkan tugasnya untuk satu hari. Setiap orang dapat hidup dengan nikmat, sabar, menyenangkan, serta murni hingga matahari terbenam. Dan inilah sebenarnya erti hidup.

Bagaimanapun juga beratnya, tiap-tiap orang pasti mampu memikul bebannya sendiri sampai malam tiba. Walau bagaimanapun beratnya tugas, setiap orang dapat menyiapkan tugasnya untuk satu hari. Setiap orang dapat hidup dengan nikmat, sabar, menyenangkan, serta murni hingga matahari terbenam. Dan inilah sebenarnya erti hidup.


Pada detik ini Anda dan saya berada pada titik pertemuan antara dua keadaan masa lalu yang panjang sekali lagi abadi, dan masa depan yang terus bergerak maju detik demi detik. Kita tidak mungkin dapat hidup di kedua keadaan tersebut. Sungguh tidak mungkin. Sedetik pun tidak mungkin. Tetapi kalau kita nekad ingin mencubanya, bererti kita menghancurkan diri kita sendiri, baik jiwa maupun raga. Oleh itu kita hendaklah bergembira hidup dalam waktu yang memungkinkan bagi kita untuk hidup, yakni daripada sekarang sehingga waktu kita hendak tidur.

Ketahuilah apa yang akan anda lakukan dan lakukanlah serta jangan undur kembali. Jika anda membuat kesilapan, buatlah kesilapan yang hebat. Seperti seorang yang pergi ke sebatang pokok di persimpangan jalan dan bertanya, "Arah manakah yang patutku ambil, arah ini atau itu?" Pergilah saja! Pilihlah satu arah dan pergilah. Unsur masa itu sentiasa ujud. Segala-galanya mempunyai masa dan tempat yang wajar baginya.

Jika anda dapati bahawa anda tidak mencapai sebarang kemajuan dalam sesuatu pekerjaan yang anda telah dilatih untuk melakukannya, latihlah semula diri anda atau lengkapi diri anda untuk pekerjaan yang berlainan sama sekali yang memberi peluang kejayaan masa depan yang lebih baik.


Janganlah menghadkan diri anda dengan satu kemahiran sahaja. Ingatlah bahawa manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari kemahiran baru dan menceburi bidang usaha lain. Janganlah mempercayai bahawa seseorang itu seharusnya hidup dan mati dalam satu bidang sahaja. Jika orang lain boleh berjaya, anda juga boleh.
Ada orang yang mungkin gagal dalam suatu bidang usaha tetapi begitu berjaya sekali dalam suatu bidang usaha yang lain.


paling istimewa, kita mempunyai pilihan setiap hari, berkenaan dengan sikap kita yang kita inginkan untuk menghadapi hari itu. Kita tidak boleh mengubah masa lalu.... satu-satunya perkara yang mampu kita lakukan adalah melakukan apa yang terdaya dengan apa yang dimiliki kita, dan perkara itu adalah sikap kita.

Ada baiknya juga jika kita mengetahui kesusahannya bagi sesuatu perjalanan itu supaya memberi hala tuju kepada kita, tetapi yang penting pada kesudahannya adalah perjalanan itu sendiri.

Friday, January 05, 2007

Bersyukurlah....

Sekiranya anda berasa susah untuk tidur malam ini, ingatlah tentang keluarga tidak berumah yang tidak punya katil tempat berbaring.

Sekiranya anda terperangkap dalam kesesakan; jangan kecewa. Terdapat ramai lagi mereka yang hidup di dunia ini yang tidak tahu lansung memandu dan menganggapnya suatu keistimewaan yang tidak pernah didengar.

Sekiranya anda tidak bernasib baik di tempat kerja, fikirkanlah tentang mereka yang tidak bekerja bagi tempoh tiga bulan yang lalu.

Sekiranya anda kecewa dengan perhubungan yang semakin buruk; fikirkanlah tentang mereka yang tidak pernah tahu tentang apa rasanya untuk menyayangi dan disayangi.

Sekiranya anda kecewa dengan hujung minggu yang berlalu begitu saja; fikirkanlah tentang wanita di jalan-jalan yang bekerja selama 12 jam sehari, 7 hari seminggu dengan upah sebanyak $15 untuk menyara keluarganya.

Sekiranya kereta anda rosak, berbatu-batu jauhnya daripada bengkel kereta; fikirkanlah tentang mereka yang lumpuh, yang begitu inginkan peluang untuk berjalan.

Sekiranya anda merungut kerana tidak mempunyai sepasang kasut baru pada tahun ini; fikirkanlah tentang seseorang yang tidak mempunyai kaki.

Sekiranya anda bercermin dan nampak bahawa uban telah mulai tumbuh; fikirkanlah tentang pesakit kanser yang sedang menerima rawatan chemotherapy yang berharap agar rambutnya dapat tumbuh untuk diperiksa.

Sekiranya anda merungut bahawa negara ini tidak cukup memberikan perkhidmatan; fikirkanlah tentang negara-negara yang sedang mengalami rusuhan dan huru-hara.

Sekiranya anda berasa kekurangan dan terfikir apakah sebenarnya hidup ini; apakah matlamat hidupku? Bersykurlah kerana masih terdapat mereka yang tidak hidup lama untuk menikmati peluang tersebut.

Sekiranya anda dibuang kerja; fikirkanlah tentang mereka yang bernasib malang yang terpaksa mendengar leteran bos mereka sejak dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.

Sekiranya anda mendapati bahawa anda menjadi mangsa kegetiran orang lain, tidak dipedulikan, rasa kecil dan tidak selamat; ingatlah keadaan yang lebih buruk jika orang itu adalah anda sendiri.

Tuesday, January 02, 2007

Tazkirah : Mencintai Allah dan Kerana Allah
Oleh Syeikh al-Kubrawiyyah.


Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.

Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud: Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang kunjung mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong menolong keranaKu.

FirmanNya lagi dalam hadis Qudsi yang lain bermaksud:
Mana dia orang yang bercinta kerana keagunganKu? Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah nauganKu, iaitu hari yang tiada naungan selain dari naunganKu. Rasulullah bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah.

Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencinta seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia bias hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabi’i, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.

Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:Sahabat-sahabat pada hari itu, satu sama lain akan bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa. ( az-Zukhruf:67)

Wahai anakku, apabila hatimu benar, maka Allah, malaikat dan orang-orang yang memiliki ilmu menyaksikannya. Hatimu akan menjadi pendakwa yang menguntungkan kamu dan ia bersaksi untukmu.

Apakah kamu memerlukan kesaksian, kebenaran hatimu untuk dirimu? Apabila hal ini telah sempurna bagimu maka kamu menjadi gunung yang tidak digoncangkan oleh angin dan tidak dirosakkan oleh panah. Pandangan dan pergaulanmu dengan makhluk tidak mempengaruhimu.

Dan hatimu tidak terluka oleh luka dan kejernihan sirrmu tidak keruh.

Wahai anakku, menurut kadar cita-citamu kamu diberi. Jauhilah dengan hatimu akan sesuatu yang selain Allah sehingga kamu dekat kepadaNya.

Jadilah kamu orang yang berakal dan jangan tergesa-gesa kerana sesuatu yang jatuh dari tanganmu disebabkan ketergesa-gesaanmu. Janganlah datang pada waktu terbenam matahari. Datanglah waktu subuh dan hendaklah kamu bersabar dan sibuk sampai datang waktu maghrib, lalu kamu memperoleh apa yang kamu inginkan.

Jadilah kamu orang yang berakal dan berbudi baik terhadap Allah dan makhlukNya. Janganlah kamu berbuat aniaya terhadap makhluk dan kamu minta kepada mereka sesuatu yang bukan milikmu di sisi mereka. Tidak ada pembicaraan sehingga datang penanda tangan (penyerahan) kepada wakil.

Jadilah kamu orang yang berakal, inilah akal, teguhlah kamu di hadapan Allah kerana rezeki itu dibahagi di sisiNya dan dengan tanganNya.

KEGAGALAN bukanlah bererti anda seorang yang gagal

Ia hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi

Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa

Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu

Kegagalan bukanlah bererti anda seorang bodoh kerana mencuba

Ia bererti anda berani, anda berhati teguh,besemangat waja - berbanggalah dengan diri anda

Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak akan berjaya

Ia hanyalah bermakna memerlukan sedikit lagi masa

Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang

Ia hanyalah bermakna anda berpeluang untuk bermula semula; mencuba sesuatu yang baru

Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda

Ia hanyalah bermakna Dia mempunyai rancangan yang lebih baik

Jadi benarlah, kegagalan itu tidak pernah muktamad.