Untuk Mu……
CINTA itu aneh, indah dan manis.
Cinta juga membuat hidup penuh bermakna.
Memberi kebebasan-

Kadang-kadang ingin dilaungkan agar cinta terus kekal selama-lamanya,
namun air mata selalu menukarkan kegembiraan dan kebahagiaan tetapi menakjubkan,
kerana cinta adalah sesuatu yang sukar ditafsirkan mustahil dapat dilihat atau dirasa tapi bila hati telah menyatakan sesuatu cinta,
Aneh tapi dapat digambarkan.



Langit Biru

Deru angin yang memburu
Merujul laluan
Bikin dedaun hati bergetar
Meliuk melanda kejau
Laungkan kepiluan
Haru itu biru warnanya
Manakan birunya jiwaku

Berdirilah dipentas itu
Tanpa membisik namaku
Kalau terputus paluan
Beranilah sambung kembali

Mungkin lebih biru
Langit mu disempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar ribut di dalam cangkir cuma
Bukannya aku untuk meramal
Juga dirimu
Pastikan
Hari mendatang

Berdirilah dipentas itu
Tanpa kau menyebut namaku

Mungkin lebih biru
Langit mu disempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar kalut ribut dicangkir cuma
Mungkin lebih hijau
Laman mu disempadan sebelah sana
Ataupun hanya
Ribut melanda didalam cangkir Cuma
Siapalah aku untuk meramal
Juga dirimu
Untuk pastikan
Lepaskan saja

Deru angin semalam sebuah cerita
Wajah-wajah jiwa insan yang biasa





Tuesday, December 26, 2006

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

Cinta menghendaki kepercayaan dan kepercayaan meminta ketetapan hati. Tiap-tiap yang akan lahir itu biasa menanggung kesusahan. Kemenangan itu terletak kepada orang yang lebih keras hatinya.

Cubalah menangis dalam ketawa, tersenyum sewaktu menangis dan dalam kesempitan juga menolong orang dalam kesusahan memujuk orang.

Selagi kita tidak ditakdirkan mengalami sesuatu keadaan, kita tidak akan dapat merasai benar-benar perasaan.

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain mengharapkan balasan.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.


Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.


Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.