Untuk Mu……
CINTA itu aneh, indah dan manis.
Cinta juga membuat hidup penuh bermakna.
Memberi kebebasan-

Kadang-kadang ingin dilaungkan agar cinta terus kekal selama-lamanya,
namun air mata selalu menukarkan kegembiraan dan kebahagiaan tetapi menakjubkan,
kerana cinta adalah sesuatu yang sukar ditafsirkan mustahil dapat dilihat atau dirasa tapi bila hati telah menyatakan sesuatu cinta,
Aneh tapi dapat digambarkan.



Langit Biru

Deru angin yang memburu
Merujul laluan
Bikin dedaun hati bergetar
Meliuk melanda kejau
Laungkan kepiluan
Haru itu biru warnanya
Manakan birunya jiwaku

Berdirilah dipentas itu
Tanpa membisik namaku
Kalau terputus paluan
Beranilah sambung kembali

Mungkin lebih biru
Langit mu disempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar ribut di dalam cangkir cuma
Bukannya aku untuk meramal
Juga dirimu
Pastikan
Hari mendatang

Berdirilah dipentas itu
Tanpa kau menyebut namaku

Mungkin lebih biru
Langit mu disempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar kalut ribut dicangkir cuma
Mungkin lebih hijau
Laman mu disempadan sebelah sana
Ataupun hanya
Ribut melanda didalam cangkir Cuma
Siapalah aku untuk meramal
Juga dirimu
Untuk pastikan
Lepaskan saja

Deru angin semalam sebuah cerita
Wajah-wajah jiwa insan yang biasa





Wednesday, December 13, 2006

Musim panas itu menyeronokkan, hujan itu menyegarkan, angin itu menguatkan , salji itu menggembirakan; yang dikatakan cuaca buruk itu sebenarnya tiada, yang ada hanya jenis-jenis cuaca baik yang berbeza sahaja. Daripada sesuatu yang buruk itu sentiasa lahir sesuatu yang baik.

Kejayaan itu suatu perjalanan, bukan suatu tempat tujuan – separuh daripada keseronokannya terdapat dalam menuju ke sana.

Ada baiknya juga jika kita mengetahui kesudahannya bagi sesuatu perjalanan itu supaya memberi hala tuju kepada kita, tetapi yang penting pada kesudahannya adalah perjalanan itu sendiri.

Kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada pencapaian. Usaha sempurna itu adalah kemenangan sempurna.

Ingatlah, seekor ular tidak akan dapat terus membesar jikalau kulit lamanya tidak tanggal. Bukan lampu lalu lintas hijau sahaja yang baik untuk kita. Kita juga memerlukan lampu lalu lintas merah, supaya kita boleh berhenti, melihat dan meneruskan perjalanan!

Jika anda menginginkan pelangi, anda kenalah bertahan dengan hujan.

Jika kita mendongak ke langit di waktu malam, kita akan nampak bahawa SEMAKIN GELAP langit itu, SEMAKIN TERANG kelihatan bintang-bintangnya! Mengapakah kita tidak dapat melihat bintang-bintang di waktu siang hari? Bukannya bintang-bintang itu tiada disana. Tetapi ia tidak kelihatan kerana cahaya matahari terlalu kuat sehingga “melenyapkan” bintang-bintang itu dari pandangan. “Kegelapan” diperlukan untuk menzahirkan bintang-bintang itu!

Kesusahan dan kekalahan membolehkan kita mengembangkan akal kita dan maju kehadapan.

Masa sukar, masa teruk, masa “murung”, masa menderita – semuanya dijadikan untuk membentuk diri anda – sebagaimana api membentuk emas.

Bagaimanakah minyak wangi dihasilkan daripada bunga-bunga? Bunga-bunga itu perlu diperah barulah kita boleh mendapati minyak wangi daripadanya. Proses “pemerahan” inilah, yakni pengalaman-pengalaman “gagal” ini, yang menghasilkan yang terbaik daripada dalam diri kita.

Kejayaan diukur bukanlah sekadar mengikut kedudukan yang telah dicapai dalam hidup tetapi lebih penting lagi mengikut bilangan dan tahap kesukaran rintangan-rintangan yang telah diatasi dalam mencapai kedudukan itu.

Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan. Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat, dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat. Dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak juga pernah membuat penemuan.

Kita tidak belajar daripada kejayaan-kejayaan kita, kita belajar daripada kegagalan-kegagalan kita. Sesetengah orang apabila gagal mereka terus tinggal dalam kegegagalan. Sesetengah yang lain apabila gagal mereka belajar daripadanya dan terus maju.

Kita belajar melalui penglihatan, pendengaran, pengalaman dan peniruan. Andaikan tiada sebarang kesilapan yang berlaku – kita masih terus belajar melalui laluan yang betul. Tetapi, bagaimana kita tahu bahawa itu adalah laluan yang betul “kecuali kita tahu yang mana satu laluan yang salah?”

Dan hanya menerusi kesilapan, rintangan dan kegagalan, baru kita ‘blajar’ membuat sesuatu yang betul dan akhirnya mencapai matlamat kita. Oleh itu, kita tidak seharusnya berasa takut terhadap kesilapan, rintangan, dan kegagalan. Mereka adalah sebahagian daripada perjalanan menuju ke matlamat kita. Dan kita juga tidak punya cara untuk mengelakkannya – selagi kita harus belajar.

“Sekiranya aku tidak membuat sebarang kesilapan, aku pasti bahawa aku tidak akan belajar dan maju jaya”.

Kehidupan bukanlah suatu pelarian daripada kesilapan atau berasa kecewa apabila kita gagal. Ia adalah pembelajaran tentang bagaimana menguruskan kesilapan dan kekecewaan yang akhirnya membolehkan kita sampai ke matlamat kita.

Adalah penting sekali bagi anda untuk menyedari bahawa kita sepatutnya belajar meskipun dalam waktu bagus. Dan bagaimanakah kita boleh berbuat begitu? Dengan sekali-sekala merenungkan waktu-waktu sukar, ketika kita menderita, ketika kita brmurung, ketika segala-galanya seperti menentang kita – kerana hanya waktu-waktu sukar sahaja yang memberi pelajaran terbaik.

Orang yang gagal dalam hidupnya ialah orang yang hidup dan gagal belajar.

KEGAGALAN sering bertutur dengan kita dalam “bahasa bisu” yang tidak kita fahami. Jikalau ini tidak benar, kita tidak akan membuat kesilapan yang sama berulang kali tanpa mendapat faedah daripada pengajaran yang ia mengajarkan kepada kita. Jikalau ini tidak benara, kiota akan memerhati dengan lebih teliti kesilapan-kesilapan yang telah dibuat oleh orang lain dan mendapat faedah daripadanya.

Orang yang selalu bersenam lazimnya lebih kuat dan sihat daripada mereka yang tidak. Otot-otot kita perlu “berjuang” untuk membuat kita lebih kuat. Orang yang “bekerja” entah bagaimana biasanya lebih “cergas” daripada mereka yang hanya duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa.

Ketenangan yang mebuat kita terlena mungkin lebih berbahaya daripada rebut yang membuat kita terus terjaga.

Perjuangan memaksa kita bergerak tatkala kita selainnya cenderung berehat. Dan ia membawa kita kesudahannya kepada kesedaran penuh bahawa kejayaan hanya akan tercapai melalui perjuangan. Tiada apa pun yang bernilai dalam hidup ini yang mungkin diperolehi tanpa perjuangan. Jikalau ia mudah diperolehi, sudah tentu semua orang akan mendapatkannya.

Apabila kita memanjat tangga kehidupan kita perlu berfikir (perjuangan akliah). Apabila kita membiarkan diri kita tergelincir dengan tidak berbuat apa-apa dan menyerah kepada hidup yang mudah, kita menghentikan proses pemikiran.

Dalam keadaab bagaimanakah seseorang itu perlu berjuang? Sudah sepastinya bukan ketika segala-galanya bergerak lancer atau apabila semuanya senang-lenang. “Perjuangan” hanya diperlukan sewaktu kita menghadapi kerumitan.

Kegagalan itu dari satu sudut merupakan jalan besar menuju kejayaan, sepertimana setiap penemuan sesuatu yang palsu membuat kita mencari dengan tekun apa yang benar, dan setiap pengalaman baru menunjukkan kepada kita sesuatu bentuk kesilapan yang kita akan cuba berhati-hati menghindari selepasnya.

Perjuangan hidup, dalam kebanyakan hal, diperjuangi secara mendaki keatas, dan menang tanpa pergelutan adalah hamper seperti menang tanpa kebanggan. Jika tiada kesukaran, tidak akan ada kejayaan; jika tiada apa-apa yang dipergelutkan, tiada apa-apa jua yang akan tercapai. Kesukaran mungkin menggerunkan mereka yang lemah, tetapi memberi peransang menyegarkan kepada orang yang tegas dan berani. Segala pengalaman hidup sememangnya berperanan untuk membuktikan bahawa rintangan yang menghalang kemajuan manusia mungkin, kebanyakannya, diatasi dengan perilaku baik, semangat yang jujur, kercergasan, ketabahan, dan dengan keazaman untuk mengatasi sebarang kesukaran.

Perjuangan hidup, penderitaan jiwa, dan seksaan itu semuanya perlu jika anda ingin menjadi unggul. Jadi janganlah memaki-hamun dan menyumpah seranah, tetapi di sebaliknya fahamilah dan hargailah pengalaman-pengalaman sedemikian ketika anda mengalaminya kerana ia merupakan sebahagian daripada penyempurnaan seorang manusia.