Untuk Mu……
CINTA itu aneh, indah dan manis.
Cinta juga membuat hidup penuh bermakna.
Memberi kebebasan-

Kadang-kadang ingin dilaungkan agar cinta terus kekal selama-lamanya,
namun air mata selalu menukarkan kegembiraan dan kebahagiaan tetapi menakjubkan,
kerana cinta adalah sesuatu yang sukar ditafsirkan mustahil dapat dilihat atau dirasa tapi bila hati telah menyatakan sesuatu cinta,
Aneh tapi dapat digambarkan.



Langit Biru

Deru angin yang memburu
Merujul laluan
Bikin dedaun hati bergetar
Meliuk melanda kejau
Laungkan kepiluan
Haru itu biru warnanya
Manakan birunya jiwaku

Berdirilah dipentas itu
Tanpa membisik namaku
Kalau terputus paluan
Beranilah sambung kembali

Mungkin lebih biru
Langit mu disempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar ribut di dalam cangkir cuma
Bukannya aku untuk meramal
Juga dirimu
Pastikan
Hari mendatang

Berdirilah dipentas itu
Tanpa kau menyebut namaku

Mungkin lebih biru
Langit mu disempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar kalut ribut dicangkir cuma
Mungkin lebih hijau
Laman mu disempadan sebelah sana
Ataupun hanya
Ribut melanda didalam cangkir Cuma
Siapalah aku untuk meramal
Juga dirimu
Untuk pastikan
Lepaskan saja

Deru angin semalam sebuah cerita
Wajah-wajah jiwa insan yang biasa





Tuesday, January 02, 2007

Tazkirah : Mencintai Allah dan Kerana Allah
Oleh Syeikh al-Kubrawiyyah.


Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.

Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud: Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang kunjung mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong menolong keranaKu.

FirmanNya lagi dalam hadis Qudsi yang lain bermaksud:
Mana dia orang yang bercinta kerana keagunganKu? Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah nauganKu, iaitu hari yang tiada naungan selain dari naunganKu. Rasulullah bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah.

Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencinta seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia bias hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabi’i, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.

Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:Sahabat-sahabat pada hari itu, satu sama lain akan bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa. ( az-Zukhruf:67)

Wahai anakku, apabila hatimu benar, maka Allah, malaikat dan orang-orang yang memiliki ilmu menyaksikannya. Hatimu akan menjadi pendakwa yang menguntungkan kamu dan ia bersaksi untukmu.

Apakah kamu memerlukan kesaksian, kebenaran hatimu untuk dirimu? Apabila hal ini telah sempurna bagimu maka kamu menjadi gunung yang tidak digoncangkan oleh angin dan tidak dirosakkan oleh panah. Pandangan dan pergaulanmu dengan makhluk tidak mempengaruhimu.

Dan hatimu tidak terluka oleh luka dan kejernihan sirrmu tidak keruh.

Wahai anakku, menurut kadar cita-citamu kamu diberi. Jauhilah dengan hatimu akan sesuatu yang selain Allah sehingga kamu dekat kepadaNya.

Jadilah kamu orang yang berakal dan jangan tergesa-gesa kerana sesuatu yang jatuh dari tanganmu disebabkan ketergesa-gesaanmu. Janganlah datang pada waktu terbenam matahari. Datanglah waktu subuh dan hendaklah kamu bersabar dan sibuk sampai datang waktu maghrib, lalu kamu memperoleh apa yang kamu inginkan.

Jadilah kamu orang yang berakal dan berbudi baik terhadap Allah dan makhlukNya. Janganlah kamu berbuat aniaya terhadap makhluk dan kamu minta kepada mereka sesuatu yang bukan milikmu di sisi mereka. Tidak ada pembicaraan sehingga datang penanda tangan (penyerahan) kepada wakil.

Jadilah kamu orang yang berakal, inilah akal, teguhlah kamu di hadapan Allah kerana rezeki itu dibahagi di sisiNya dan dengan tanganNya.