Untuk Mu……
CINTA itu aneh, indah dan manis.
Cinta juga membuat hidup penuh bermakna.
Memberi kebebasan-

Kadang-kadang ingin dilaungkan agar cinta terus kekal selama-lamanya,
namun air mata selalu menukarkan kegembiraan dan kebahagiaan tetapi menakjubkan,
kerana cinta adalah sesuatu yang sukar ditafsirkan mustahil dapat dilihat atau dirasa tapi bila hati telah menyatakan sesuatu cinta,
Aneh tapi dapat digambarkan.



Langit Biru

Deru angin yang memburu
Merujul laluan
Bikin dedaun hati bergetar
Meliuk melanda kejau
Laungkan kepiluan
Haru itu biru warnanya
Manakan birunya jiwaku

Berdirilah dipentas itu
Tanpa membisik namaku
Kalau terputus paluan
Beranilah sambung kembali

Mungkin lebih biru
Langit mu disempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar ribut di dalam cangkir cuma
Bukannya aku untuk meramal
Juga dirimu
Pastikan
Hari mendatang

Berdirilah dipentas itu
Tanpa kau menyebut namaku

Mungkin lebih biru
Langit mu disempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar kalut ribut dicangkir cuma
Mungkin lebih hijau
Laman mu disempadan sebelah sana
Ataupun hanya
Ribut melanda didalam cangkir Cuma
Siapalah aku untuk meramal
Juga dirimu
Untuk pastikan
Lepaskan saja

Deru angin semalam sebuah cerita
Wajah-wajah jiwa insan yang biasa





Saturday, December 09, 2006

‘Sebagai manusia kita selalu harapkan sesuatu yang indah dalam kehidupan dan percintaan…. Tapi tiba masanya bila datang dugaan daripada Allah, manusia akan tinggalkan kita. Hanya yang ada….. harapan kita kepada Allah’

Hidup ini penuh dengan kecewa. Bukan diri ini sahaja malah orang lain juga. Cuma pada orang lain kita tak berupaya melihatnya. Pada diri kita, kita dapat merasakannya. Kecuali kita berserah sepenuhnya kepada Allah. Dia yang menguasai seluruh isi dunia ini. Dia juga yang menguasai seluruh hati dan jasad manusia. Kasih sayang orang di sekeliling terhadap kita juga sebenarnya ialah pemberian Allah….. semuanya milik Dia. Jadi kalau kita serahkan sepenuh hati dan kehidupan kita kepadaNya, kita takkan risau…… pun kita takkan putus asa meskipun kadangkala kita terpaksa berdepan dengan kekecewaan.

Hari ini bukanlah semalam, walaupun hari ini bermula dengan terbitnya fajar seperti semalam. Semuanya sebagai suatu ketetapan yang ditakdirkan Tuhan semenjak terciptanya bumi ini sama ada datangnya dengan awan yang cerah atau awan yang berarak mendung. Fajar tetap fajar dan tetap datang… Senja semalam juga sama datang dan perginya menghilang di sebalik tabir langit yang memisahkan pandangan manusia dengan segala rahsiaNya.

Ibarat memandang bulan, terlupa cahaya pelita di kamar. Seperti mahu berumah tanpa dinding, beratap dengan langit… seperti mahu menghirup embun dan melupakan air di kali… kalaulah sudah takdir hilang mentari di hujung langit, terbayarkah harga sekeping hati yang tidak mahu redha…?

Hidup ini memang pelik. Tetapi yang pelik itulah kadang-kadang memaniskan dan mewarnakan kehidupan kita menjadi seperti pelangi. Dihiasi dengan pelbagai warna. Walaupun kadangkala ia berwarna cerah dan bertukar menjadi suram, ia tetap cantik. Dan ia tetap mencantikkan lagi perjalanan hidup kita.


PERPISAHAN akan lebih memuliakan hati insan. Bila berjauhan, waktu itulah kita mahu menilai erti dan makna atas setiap orang yang kita temui dan setiap perkara yang kita tempuhi.

Sekalipun kecewa, letakkan amanah dan tanggungjawab di hadapan mendahului segala-galanya. Demi kasih Allah. Dan kalaulah datang untuk kita suatu yang kita mahukan……. Itulah kehendak Allah. Sekalipun pahit, namun sebagai hambaNya mampukah kita menolak takdir yang datang? Begitu juga dengan sesuatu yang kita tidak suka, Kalau ia datang, ia juga merupakan suatu anugerah. Namun takdirlah yang akan menentukan segalanya.

Dan perasaan itu sama ada bahagia atau cinta, derita atau kecewa, kalaulah boleh diambil dan dicampak sekehendak hati ini… maka pastinya tiadalah yang bernama derita. Tiadalah istilah sengsara. Cinta derita, bahagia dan kecewa ini sesungguhnya ialah anugerah yang mencorakkan insan seperti pelangi.

Tiada suatu kenikmatan kecuali mesti disertai dengan sesuatu yang tak menyenangkan. Tak ada kebahagiaan, kecuali mesti disertai oleh sesuatu yang menyusahkan. Tak ada kelapangan, kecuali mesti disertai kesempitan.

Kita hanya kan sedar kemanisan itu setelah berjaya melalui detik-detik yang sukar. Kenyataan tidak akan jadi semudah apa yang diinginkan. Disinilah letaknya nilai kehidupan.

Tidak pula Allah menimpakan ujian untuk menzalimi hambaNya. Melainkan untuk mendidik dan menyedarkan bahawa tidak ada satu pun di dunia ini adalah milik manusia yang abadi meskipun sesuatu itu TERAMAT KITA SAYANGI. TERAMAT KITA KASIHI. Datang dan pergi segala yang ada di dunia ini adalah dengan kehendakNya. Redhalah hati sepenuhnya.