Untuk Mu……
CINTA itu aneh, indah dan manis.
Cinta juga membuat hidup penuh bermakna.
Memberi kebebasan-

Kadang-kadang ingin dilaungkan agar cinta terus kekal selama-lamanya,
namun air mata selalu menukarkan kegembiraan dan kebahagiaan tetapi menakjubkan,
kerana cinta adalah sesuatu yang sukar ditafsirkan mustahil dapat dilihat atau dirasa tapi bila hati telah menyatakan sesuatu cinta,
Aneh tapi dapat digambarkan.



Langit Biru

Deru angin yang memburu
Merujul laluan
Bikin dedaun hati bergetar
Meliuk melanda kejau
Laungkan kepiluan
Haru itu biru warnanya
Manakan birunya jiwaku

Berdirilah dipentas itu
Tanpa membisik namaku
Kalau terputus paluan
Beranilah sambung kembali

Mungkin lebih biru
Langit mu disempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar ribut di dalam cangkir cuma
Bukannya aku untuk meramal
Juga dirimu
Pastikan
Hari mendatang

Berdirilah dipentas itu
Tanpa kau menyebut namaku

Mungkin lebih biru
Langit mu disempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar kalut ribut dicangkir cuma
Mungkin lebih hijau
Laman mu disempadan sebelah sana
Ataupun hanya
Ribut melanda didalam cangkir Cuma
Siapalah aku untuk meramal
Juga dirimu
Untuk pastikan
Lepaskan saja

Deru angin semalam sebuah cerita
Wajah-wajah jiwa insan yang biasa





Saturday, December 09, 2006

Bukanlah kudrat hamba melawan takdirNYa. Luka di hati memang Tidak terucap. Tidak tergambar. Tidak terluah hanya dengan kata-kata. Mata yang memandang, tidak sama dengan hati yang menahan tangisan perpisahan. Meskipun ibarat telah mati, malangnya jasad masih bernyawa, nadi masih berdenyut, darah masih merah mengalir. Lalu luka itu biarlah ia sembuh sendiri. Meskipun begitu hebat dugaan perpisahan itu, kehidupan mesti diteruskan. Dinekadkan hati dengan keyakinan bahawa Allah lebih tahu segala yang terbaik.

Dan sememangnya sudah lumrah alam, yang melukakan jauh lebih menderita daripada yang dilukai, kerana yang dilukai akan dirawat oleh Tuhan manakala yang melukai akan terus merasakan beban siksa perpisahan.

PERTEMUAN itukah yang kita impikan? Pertemuan itukah yang kita idamkan? Sesungguhnya… setiap pertemuan itu membibitkan kuntuman kemesraan, membuahkan sejuta kenangan dan meluruhkan serpihan-serpihan kedukaan.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, walau cinta adakalanya membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam. Dimana ada cinta disitu ada kehidupan; manakala kebencian membawa kemusnahan.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali sebuah kepercayaan.

Sesungguhnya tiada kekuatan untuk mengubah apa pun yang telah terjadi. Tidak dapat menarik segala perkataan yang telah terucap. Tidak juga mampu menghapus kesalahan dan mengulangi detik-detik kegembiraan saat cinta mekar dihati kita.

Segala pintu masa lalu telah tertutup. Semua lorong serasa sunyi seolah tiada pernah berpenghuni…. pintu masa depan belum tiba. Terlalu sukar untuk memaafkan kesilapan hari kelmarin dan ketakutan untuk menempuh hari esok, kerana yang ada hanyalah hari ini… esok lusa belum tentu abadi.

Sesuatu yang dapat kita pelajari daripada sebuah percintaan yang berlandaskan sekeping hati suci ini ialah, cuba memurnikan hati dengan menerima kesilapan orang lain sebagai pengajaran dimasa akan datang… bukan sebagai hukuman.

CINTA yang hanya wujud tetapi tidak mungkin bersatu jasad. Cinta lama yang kembali bergema dihati ini. Gembirakah hati ini bila mengenang sesuatu yang telah pergi dari hati ini!...

KERANA cinta itu bukanlah sesuatu yang kita pinta. Semuanya lahir dengan kehendakNya Yang Maha Esa. Kehendak yang hanya datang dan pergi dengan izin daripadaNya.