Untuk Mu……
CINTA itu aneh, indah dan manis.
Cinta juga membuat hidup penuh bermakna.
Memberi kebebasan-

Kadang-kadang ingin dilaungkan agar cinta terus kekal selama-lamanya,
namun air mata selalu menukarkan kegembiraan dan kebahagiaan tetapi menakjubkan,
kerana cinta adalah sesuatu yang sukar ditafsirkan mustahil dapat dilihat atau dirasa tapi bila hati telah menyatakan sesuatu cinta,
Aneh tapi dapat digambarkan.



Langit Biru

Deru angin yang memburu
Merujul laluan
Bikin dedaun hati bergetar
Meliuk melanda kejau
Laungkan kepiluan
Haru itu biru warnanya
Manakan birunya jiwaku

Berdirilah dipentas itu
Tanpa membisik namaku
Kalau terputus paluan
Beranilah sambung kembali

Mungkin lebih biru
Langit mu disempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar ribut di dalam cangkir cuma
Bukannya aku untuk meramal
Juga dirimu
Pastikan
Hari mendatang

Berdirilah dipentas itu
Tanpa kau menyebut namaku

Mungkin lebih biru
Langit mu disempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar kalut ribut dicangkir cuma
Mungkin lebih hijau
Laman mu disempadan sebelah sana
Ataupun hanya
Ribut melanda didalam cangkir Cuma
Siapalah aku untuk meramal
Juga dirimu
Untuk pastikan
Lepaskan saja

Deru angin semalam sebuah cerita
Wajah-wajah jiwa insan yang biasa





Saturday, December 09, 2006

Kita hiduplah dengan apa yang kita ada. Kalau kita ingin lebih daripada yang ada, kita ikhtiar, kita usaha.

Benarlah kata orang, memahami dan mengerti adalah antara pekerjaan yang paling sukar untuk dilaksanakan.

Memang kita wajar berusaha menjadi manusia sempurna walaupun perkataan sempurna itu tidak pernah melengkapkan manusia. Manusia perlu tiga perkara. Ikhtiar, bersabar dan berdoa.

ALLAH yan menentukan segalanya tapi sebelum segala yang bukan diimpikan menjadi ketentuan, kita perlukan berusaha merancang kehidupan kita sendiri.

AIR MUKA adalah pancaran dari hati nurani, walaupun bibir kita boleh memalsukan maklumat, tapi air muka tidak!

ERATNYA hubungan bukan boleh menjadi kayu pengukur hati budi orang.

KITA dilahirkan dengan kuku dan taring tapi sebaliknya kita memilih gigi dan jari untuk mempertahankan diri kita.

YANG penting dalam kehidupan ialah 'perjuangan' bukan kejayaan. Perjuangan inilah yang cuba aku lakukan,hidup tanpa belas kasihan orang lain....

Jikalau anda kehilangan kegembiraan, cara yang paling baik dan paling sebak untuk mengembalikannya ialah duduk dengan riang hati dan bertindak serta berbicara seolah-olah kegembiraan hati anda telah anda miliki kembali.

Tindakan rupanya mengikuti perasaan, tetapi tindakan dan perasaan itu memang seiring. Dan dengan mengatur tindakan yang lebih akan menyebabkan berada di bawah kawalan nafsu, secara tidak langsung kita dapat mengawal perasaan.

Orang tidak akan menderita kerana apa yang terjadi, tetapi menderita kerana pendapatnya sendiri tentang apa yang terjadi. Dan pendapat tentang apa yang terjadi itu seluruhnya terserah pada kita sendiri.

Ketenteraman dan kedamaian jiwa kita serta kegembiraan yang kita perolehi dalam hidup ini bukan bergantung kepada tempat kita berada, atau apa yang kita miliki, atau siapa kita, tetapi semata-mata bergantung daripada sikap mental atau batin kita. Keadaan luar sedikit saja pengaruhnya.

KEGAGALAN bukanlah bererti anda seorang yang gagal
Ia hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi

Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa
Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu

Kegagalan bukanlah bererti anda seorang bodoh kerana mencuba
Ia bererti anda berani, anda berhati teguh,
bersemangat waja - berbanggalah dengan diri anda

Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak akan berjaya
Ia hanyalah bermakna memerlukan sedikit lagi masa

Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang
Ia hanyalah bermakna anda berpeluang untuk
bermula semula; mencuba sesuatu yang baru

Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda
Ia hanyalah bermakna Dia mempunyai rancangan yang lebih baik

Perkara paling penting apabila berhadapan dengan kesulitan adalah memberikan perhatian terhadap apa yang akan dilakukan, bukannya cuba mencari tentang apa yang tidakkena.

Bila keadaan menjadi buruk, kita menenangkan hati dengan menganggap bahwa ia akan menjadi lebih buruk. Dan apabila ia benar-benar menjadi bertambah buruk, kita menganggap bahawa ia pasti menjadi baik.

Kegagalan dan kekecewaan membuatkan kita begitu tertekan, tetapi ia juga mendatangkan kekuatan, membina watak dan ketahanan diri, yang menjadi bahan penting untuk mencapai kejayaan.

Bagi seorang yang berjiwa besar, kekecewaan adalah ibarat siraman air ke atas logam yang sedang terbakar. Ia mengukuhkan, meneguhkan, dan menjadikan logam tersebut semakin hebat dan bukan memusnahkannya.

Kesulitan dan kegagalan dalam hidup, sekiranya dipersesuaikan dan dilihat sebagai maklum balas pembetulan yang biasa, boleh digunakan untuk membetulkan kembali matlamat asal disamping boleh membangunkan kekuatan diri agar kebal terhadap sebarang kebimbangan, kekecewaan, serta memberi tindak balas yang bertentangan terhadap ketegangan diri (stress).

Sekiranya kegembiraan adalah merupakan kehidupan yang penuh keselesaan tanpa sebarang kebimbangan atau tanpa pedulikan apa yang berlaku di sekitar kita maka individu yang paling gembira mungkinlah si badak air yang sentiasa tersenyum di dalam lumpur.


Kita boleh membohongi sesetengah orang pada sesetengah masa. Kita boleh membohongi semua orang pada sesetengah masa. Tetapi kita tidak boleh membohongi semua orang sepanjang masa!.

Anak muda adalah seperti musim bunga; sebuah musim yang terlalu dipuji, dan lebih diingati dengan angin yang menggigit tulang daripada tiupan lembut bayu pagi. Musim buah adalah musim yang lunak; dan bunga yang hilang, kita perolehi kembali dengan lebih menguntungkan dalam bentuk buah-buahan.

Manusia menerima akibat bukan saja disebabkan oleh sesuatu perkara itu sendiri; tetapi oleh pandangan orang lain bila mereka melakukan perkara tersebut.

Sebatang anak tangga bukanlah dimaksudkan sebagai tempat merehatkan sebelah kaki si pemanjatnya; tetapi sekadar tempat berpijak sejenak, cukup untuk membolehkan ia meletakkan kakinya yang sebelah lagi pada suatu tempat yang lebih tinggi.

Seseorang harus sentiasa mendaki gunung yang lebih tinggi; tetapi bukan untuk sampai ke puncaknya.

Berpeganglah pada impianmu,
Kerana kalau impianmu
lenyap,
Engkau umpama burung cedera
yang tidak bersayap.

Melalui fikiran anda boleh menyebabkan emas yang terpendam di tengah gunung didorong ke arah anda; tetapi pastinya ia tidak tergali sendiri, membersihkan dirinya, membentuk dirinya menjadi sepasang syiling emas, dan bergolek di sepanjang jalan mencari arah untuk masuk kekantung anda. Untuk menjadikan perkara ini suatu kenyataan, anda harus mengaitkan pemikiran anda dengan tindakan peribadi.

Terdapat suatu bahan bagi fikiran di mana semua benda berasal daripadanya, dan di mana dalam keadaan asalnya, ia menyerap, menembusi dan memenuhi ruang-ruang kosong dalam alam ini. Sebuah fikiran dalam benda ini menghasilkan pelbagai perkara yang dibayangkan oleh pemikiran. Seseorang manusia boleh membentuk pelbagai perkara dalam fikirannya, dan dengan menekankan fikiran terhadap benda-benda yang tidak terbentuk, boleh menyebabkan perkara-perkara yang sedang difikirkannya dapat dicipta.

Kesulitan, kesukaran dan ujian dalam kehidupan, rintangan-rintangan yang dihadapi oleh seseorang dalam laluan menuju kejayaan adalah merupakan rahmat yang positif. Ia menjalin urat dan nadi agar menjadi lebih teguh, dan mengajar untuk berdikari. Bahaya adalah unsur pembinaan kuasa.

Seseorang adalah apa yang beliau fikirkan sepanjang hari.... Bagaimana mungkin beliau dapat memperolehi sesuatu yang lain?Hidup kita ini dibentuk oleh fikiran kita sendiri.

Bila kita memikirkan hal-hal yang membahagiakan, hidup kita menjadi bahagia. Bila kita memikirkan kesedihan, kita menjadi sedih. Bila kita memikirkan tentang ketakutan, kita menjadi takut. Bila kita memikirkan tentang sakit, mungkin kita akan sakit. Bila kita memikirkan tentang kegagalan, kita akan gagal. Bila kita terlalu memanjakan diri kita sendiri, tiada orang yang mahu menerima kita.

Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi: apa yang anda fikir, itulah anda. Banyak hal yang kita sebut sebagai kejahatan dan kemalangan..... sering kali dapat diubah menjadi kebaikan dan keuntungan, hanya dengan cara mengubah sedikit saja sikap batin seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang.

Berbaktilah kepada ibu bapa kerana tidak lama lagi ia akan meninggalkan anda. Dan hormatilah keduanya tanda ketinggian budi. Banyak orang menyesal kerana belum dapat berbuat baik ketika keduanya masih hidup.

Ada orang yang berdekatan badan tetapi hati berjauhan, dan ada pula badan yang berjauhan tetapi hati berdekatan.

Apakah anda ingat bahawa tidak ada kesenangan hati yang menyamai kesenangan bersahabat dan tidaklah ada kedudukan yang melebihi kedukaan putus persahabatan. Tiadalah paling sakit di dunia ini kalau kita sudah tersisih daripada pergaulan umum.

Adakah anda tahu bahawa hidup yang berguna ialah hidup yang ketika petang ada menyediakan suluh kerana malam akan tiba?

Apabila anda ketawa tentu dunia akan turut ketawa dan apabila anda menangis sendirian saja, hanya alam yang akan mentertawakan.

Apa yang anda sabarkan, anda akan kutip hasilnya kerana kesabaran menolong segala pekerjaan. Dalam kesusahan dan kesulitan itu tersembunyi nasihat-nasihat kebijaksanaan yang berharga.

Bermanis muka itu perkara senang,
Di kala hidup mengalir lancar bak arus tenang,
Namun orang yang berwibawa itu adalah
Dia yang mampu memberi senyuman

Ketika segala di sekitarnya penuh kesilapan!

Seseorang yang memahami tentang masa lalu tidak lagi memadai. Tidak juga memadai bagi beliau untuk memahami tentang masa kini, kerana persikataran yang ada sekarang ini akan lenyap sebentar lagi. Dia harus belajar untuk menduga tentang arah dan kadar perubahan. Dia harus - untuk menjadikannya lebih bersifat teknikal - belajar tentang kemungkinan-kemungkinan yang wujud, dan meningkatkan andaian jangka panjang tentang masa depan. Dan demikian juga dengan guru-gurunya.

Ilmu pengetahuan bukan benda nyata tetapi ia adalah merupakan harta paling penting pada hari ini. Ia boleh digunakan oleh ramai orang pada ketika yang sama untuk mencipta harta kekayaan, dan untuk menghasilkan lebih banyak ilmu pengetahuan. Dan sebagaimana kilang dan ladang, ilmu pengetahuan, untuk semua tujuan tidak akan pernah habis.

Sumber kuasa yang baru bukanlah wang yang terdapat pada segelintir orang tetapi ilmu pengetahuan yang terdapat pada ramai orang.

Fikiran anda adalah suatu peristiwa yang sungguh mengagumkan, menunggu masa untuk berlaku. Apabila anda dapat meyakinkan diri anda bahawa anda 'boleh' bukannya 'tidak boleh', anda akan kagum dengan diri sendiri.
Jadi, jika boleh menjadi cemerlang sekadar bagus adalah alang kepalang!


Adalah orang beriman itu tidak harap dapat untung, tidak cemas merugi, tidak terlampau gembira jika maksud sampai, tidak kecewa jika usaha kandas, tidak gembira dipuji, tidak berkecil hati dicela, tidak tertipu dapat nikmat dan tidak bersedih benar ditimpa kemalangan.

Apa yang kita tidak sukai janganlah kita lakukan kepada orang lain. Yang harus dihindarkan: Pemalas, kekejaman, kesombongan dan melupakan jasa orang. Jangan anda menghinakan orang lain kerana tiap-tiap sesuatu ada kelebihannya.

Akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan, harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang akan ditinggalkan.

Boleh jadi kesusahan yang anda derita itu kemudian hari menjadi kenang-kenangan yang tidak ternilai harganya bagi anda.

Lebih ramai orang harus belajar untuk mengarahkan ke mana wang mereka harus pergi; daripada menanyakan wang mereka, ke mana mereka pergi.
Untuk memperolehi harta kekayaan adalah sukar, untuk mengekalkannya lebih sukar, tetapi untuk berbelanja secara bijaksana adalah yang paling sukar sekali.

Orang berfikir bahawa mereka berjaya tanpa perlu berusaha. Ramai orang percaya bahawa pada suatu hari mereka akan bangun dari tidur dan mendapati diri mereka tiba-tiba menjadi kaya. Sebenarnya itu hanya separuh benar kerana pada akhirnya mereka telah sedar.

Ramai orang berfikir bahwa dengan menyorokkan wang, mereka akan memilikinya selamat. Jika wang adalah satu-satunya harapan anda untuk berdikari, anda tidak akan merasakannya. Satu-satunya keselamatan sebenar yang seseorang itu harus miliki dalam dunia ini ialah simpanan ilmu pengetahuan, pengalaman dan keupayaan.

"Mintalah, maka kamu akan diberi.
Carilah, maka kamu akan menemukannya.
Ketuklah, maka kamu akan dibukakan pintu."

Ketahuilah apa yang akan anda lakukan dan lakukanlah serta jangan undur kembali. Jika anda membuat kesilapan, buatlah kesilapan yang hebat. Seperti seorang yang pergi ke sebatang pokok di persimpangan jalan dan bertanya, "Arah manakah yang patutku ambil, arah ini atau itu?" Pergilah saja! Pilihlah satu arah dan pergilah. Unsur masa itu sentiasa ujud. Segala-galanya mempunyai masa dan tempat yang wajar baginya.

Jika anda dapati bahawa anda tidak mencapai sebarang kemajuan dalam sesuatu pekerjaan yang anda telah dilatih untuk melakukannya, latihlah semula diri anda atau lengkapi diri anda untuk pekerjaan yang berlainan sama sekali yang memberi peluang kejayaan masa depan yang lebih baik. Janganlah menghadkan diri anda dengan satu kemahiran sahaja. Ingatlah bahawa manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari kemahiran baru dan menceburi bidang usaha lain. Janganlah mempercayai bahawa seseorang itu seharusnya hidup dan mati dalam satu bidang sahaja. Jika orang lain boleh berjaya, anda juga boleh. Ada orang yang mungkin gagal dalam suatu bidang usaha tetapi begitu berjaya sekali dalam suatu bidang usaha yang lain.

Apabila seorang pemanah tidak mengenai sasarannya, ia menoleh dan mencari kesilapan pada dirinya sendiri. Kegagalan untuk mengenai pusat sasaran bukanlah salah sasaran. Untuk memperbaiki bidikan anda - perbaikilah diri anda sendiri.

Kebanyakan orang berpuas hati dengan kehidupan seperti kumpulan haiwan. Mereka sebenarnya tidak hidup sama sekali dalam erti kata kehidupan yang lebih luas. Mereka berpuashati dengan bernafas seperti biasa, makan dan minum, serta melakukan perkara-perkara rutin bagi mengisi keperluan hidup. Siang dan malam sama sahaja sehingga mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Manusia bukannya semata-mata hidup di muka bumi untuk bersenang-senang. Dia sebenarnya hidup untuk melakukan perkara penting demi kemanusiaan sejagat.

Sebenarnya, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Kegagalan yang dianggap menghancurkan hati pada ketika ini tidak lebih daripada riak-riak kecil di tengah gelombang pengalaman dalam lautan kehidupan pada masa hadapan.

Biasanya perbedaan di antara orang yang berjaya dan gagal bukan terletak pada keupayaan diri atau idea, tetapi terletak pada keberanian untuk melaksanakan idea, atau mengambil risiko yang telah diperhitungkan - dan bertindak.

"Saya tidak tahu mengenai kunci kejayaan,tetapi kunci kegagalan adalah cuba menggembirakanhati semua orang...." - Bill Cosby.

Apabila hati itu lunak, belas kasih dan sayang, maka tanaman itu tumbuh. Apabila hati itu keras, kasar maka tanahnya tandus, sedang tanah yangtandus itu tidak menumbuhkan tanaman.

Apabila kamu bercucuk tanam di puncak gunung maka tanaman itu tidak tumbuh dan itu lebih dekat kepada kerosakan. Belajarlah bercucuk tanam dari penanam, jangan kamu menyendiri dengan pendapatmu.

Nabi saw bersabda:
“Minta tolonglah atas setiap pekerjaan kepada ahlinya.”

Kamu sibuk dengan tanaman dunia, bukan tanaman akhirat. Apakah kamu tidak mengetahui bahawa penuntut dunia itu tidak menang bersama akhirat? Ia tidak melihat Allah, jika kamu menghendaki akhirat maka wajib atasmu meninggalkan dunia.

Dan jika kamu menghendaki Allah maka wajib atasmu meninggalkan bahagian-bahagian dunia dan makhluk, dan kamu telah sampai kepadanya. Apabila hal ini benar bagimu maka datanglah kepada dunia, akhirat, bahagian-bahagiannya dan makhluk.

Kerana mengikuti dengan tunduk dan terpaksa, kerana asal (pokok) bersamamu sedang cabang-cabang ini mengikuti asal (pokok) itu. Jadilah kamu orang yang berakal. Tidak ada keimanan bagimu, tidak ada akal bagimu, tidak ada pembedaan bagimu.

Tidak ada awan yang abadi juga matahari tidak akan terus bersinar, dari malam yang gelap gelita tak jarang lahir pagi hari. Tidak selamanya kegembiraan itu datang kerana kadang-kadang matahari ditutup oleh awan yang tebal, kesedihan yang dibawa ketawa ibarat panas mengandung hujan.....


Hanya setelah menuruni lembah yang terdalam barulah anda menilai keindahan gunung yang tertinggi. Tatkala anda bermurung itulah keunggulan anda terserlah, ketara teruji!. Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman getir untuk menzahirkan keunggulan anda.

Watak tidak boleh dibina dengan mudah dan senyap-senyap. Hanya melalui pengalaman-pengalaman dugaan dan penderitaan sahaja semangat boleh diperteguh, wawasan diperjelas, cita-cita diilhami dan kejayaan dicapai.

Ingatlah, untuk mendapatkan 'pelangi', anda memerlukan 'hujan'. Tiada jalan lain lagi. Waktu sukar sepatutnya membuat anda LEBIH BAGUS, bukannya MARAH DAN KECEWA.

Perjuangan, kegagalan, kemenangan: manakala kemenanganlah kesudahan yang diidamkan, perjuangan juga ada kegembiraannya, dan kegagalan juga bukanlah tiada faedahnya.

Kerumitan menyerlahkan sifat-sifat terbaik dalam diri seseorang dan memungkinkan keunggulan. Orang yang telah memenangi perjuangan menentang kerumitan dihiasi dengan tanda-tanda kemenangan di wajahnya. Gaya kemenangan terserlah pada setiap gerak-gerinya.