Jalan di depan masih panjang dan berliku, jangan bimbang perjalanan itu melelahkan dan menyakitkan. Jangan takut rebah. Walaupun tindakan yang paling baik anda perlu lakukan adalah bangun semula, tapi bangun semula juga perlukan kekuatan yang bukan sedikit.
Janganlah bermuram... Isikanlah ruang waktu persahabatan yang ada dengan gurauan dan senyuman. Nanti bila berpisah, ada sesuatu yang manis untuk dikenangkan.
Kelembutan adalah senjata memadamkan api kemarahan.
Kutiplah mutiara-mutiara yang dilemparkan oleh ombak ke pantai dan jika anda ingin lebih banyak lagi, anda perlulah berani menyelam ke dasar laut mencarinya.
Untuk menjadi orang yang berjaya, kau perlu bertindak untuk berjaya. Sebuah kapal dibuat bukan untuk berlabuh. Ia perlu berlayar menghadapi gelombang dan ribut. Begitulah hidup kita.
BERINGATLAH, hidup perlu ada akal, perancangan dan perlaksaan. InsyaAllah kita akan berjaya.
LETAKKAN akal di hadapan perasaan. Hidup akan sentiasa waras dan tidak kecundang.
SEMAKIN dekat tercapai cita-cita semakin berat cabaran dan penderitaan yang harus kita alami.
SALURAN kelemahan manusia ialah cinta diri terhadap kebendaan. Orang yang berbangga diri sebenarnya amat sedikit mengambil berat tentang dirinya.
Memenangi hati seseorang samalah dengan cuba menang dalam satu pertandingan. Semangat mesti kuat, mental mesti kuat, yakin pada diri, tabah hati. Apabila sanggup memberi komitmen, bererti sanggup juga menghadapi apa jua risiko yang bakal datang. Pihak lawan tentu juga tidak mahu kalah. Siapa yang bertanding tidak mahu menang?
SALURAN kelemahan manusia ialah cinta diri terhadap kebendaan. Orang yang berbangga diri sebenarnya amat sedikit mengambil berat tentang dirinya.
Memenangi hati seseorang samalah dengan cuba menang dalam satu pertandingan. Semangat mesti kuat, mental mesti kuat, yakin pada diri, tabah hati.
Apabila sanggup memberi komitmen, bererti sanggup juga menghadapi apa jua risiko yang bakal datang. Pihak lawan tentu juga tidak mahu kalah. Siapa yang bertanding tidak mahu menang?
Hamka pernah berkata, hidup didunia ini laksana lautan yang jarang tenang, airnya beriak, berombak dan bergelombang. Pada laut, ada susah dalam senang, ada senang dalam susah.
Setiap hak mengandungi tanggungjawab, setiap kesempatan mengandungi satu keharusan, setiap milik mengandungi kewajipan.
Sediakanlah waktu untuk teman anda. waktu senggang untuk kekasih anda, hal-hal yang jernih bagi fikiran anda dan istirehat bagi tubuh anda, maka anda telah bekerja dengan baik.
Kurniaan paling beerti yang diberikan Tuhan dalam hidup ini sesungguhnya bukanlah berupa harta benda, tapi kesempatan.
Hidup tidak selamanya untuk ketawa. Juga bukan selamanya untuk menangis. Kegembiraan dan kesedihan silih berganti. Seperti juga perubahan musim yang berlaku, ada kalanya hujan berterusan hingga bumi dilanda banjir. Ada masanya panas memanjang hingga tanah menjadi kering kontang.
Usah diratapi pada sebuah perpisahan tapi tangisilah pada sekelumit pertemuan kerana tanpa pertemuan tak akan wujud perpisahan. Mengertilah bahawa pertemuan tidak menjanjikan keriangan manakala perpisahan bukan beerti kita akan kecundang untuk selamanya. Oleh itu terimalah hakikat setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan.
Kalau sahabatmu setia kepadamu, bersyukurlah! kerana pertukaran siang dan malam telah menganugerahkan engkau kekayaan yang kekal.
Sejarah bukanlah lukisan yang boleh dipadamkan sesuka hati. Sejarah tetap sejarah. Ianya boleh ditinggalkan nun jauh dibelakang tetapi tidak bisa dipadamkan dari ruangan kenangan.
Banyak mata yang terjaga, banyak pula yang tertidur lelap, memikirkan persoalan yang sudah atau akan terjadi. Tinggalkanlah rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila.
Bersederhanalah dalam kehidupan. Terimalah cinta insan yang mencintaimu. Namun kalau itupun tidak mampu kau lakukan.... sebaiknya kau biarkan insan itu mencari bahagianya di tempat lain.
Rupa paras bukanlah ukuran kepada sebuah persahabatan. Kalau rupa paras menjadi ukuran, maka persahabatan tu bukanlah suci.
Hidup ini penuh kenangan... yang mendewasakannya ialah pengalaman, yang mematangkannya pula ialah cabaran. Pahit manisnya sukar untuk dikenang, sayang sekali untuk dibuang. Dimiliki.... disayangi... menjadikan kehidupan itu suatu yang cukup bermakna dan indah. Namun selama mana mampu kita miliki yang indah-indah.
Berfikir dengan penuh harapan. Alihkan selalu fikiran anda kepada ghairah hidup. Bertindaklah seakan-akan anda sudah memiliki ghairah itu. Yakinlah bahwa anda sudah memilikinya, maka anda akan hidup dengan penuh semangat.
Jangan Biarkan suasana bosan dan sedih mematikan nikmat hidup itu. Pegang teguh prinsip positif, maka tidak ada yang lebih berat bagi anda.
Bantinglah otak mencari ilmu sebanyak-banyaknya guna mencari rahsia besar yang terkandung di dalam benda besar yang bernama dunia ini, tetapi pasanglah pelita dalam hati sanubari, iaitu pelita kehidupan jiwa.
Cinta menghendaki kepercayaan dan kepercayaan meminta ketetapan hati. Tiap-tiap yang akan lahir itu biasa menanggung kesusahan. Kemenangan itu terletak kepada orang yang lebih keras hatinya.
Carilah seribu sahabat kerana seribu sahabat belumlah banyak dan jauhilah seorang musuh kerana musuh seorang itu sudah terlalu banyak.
Cubalah menangis dalam ketawa, tersenyum sewaktu menangis dan dalam kesempitan juga menolong orang dalam kesusahan memujuk orang.
Cita-cita yang tinggi itu biasa selalu tercapai tak ubahnya dengan nyala api bila ada yang menghalanginya, tentu hangus dan menjadi abu.
Cintailah musuh anda sebab dia yang akan menunjukkan kesalahan-kesalahan anda. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang memuji-muji kita, tetapi ialah yang dapat menunjukkan kesalahan kita.
Berilah kepada orang yang tidak suka memberi. Akar yang akan dipakai jangan akar yang menjalar keatas kerana bisa putus, tetapi pakailah akar yang menjalar ke tanah.
Dan diam adalah berfikir, pembicaraanmu hendaklah yang memberi manfaat kepada orang lain.
Kalahkanlah musuh kamu dengan perkataan lemah lembut, kerana perkataan lemah lembut adalah anak kunci hati manusia. Kemarahan dan kekasaran tidak membawa kemenangan.
Kamu tidak dapat menyenangkan orang lain dengan hartamu, tetapi senyumanmu. Menolak dengan baik, itu lebih baik daripada memberi dengan perkataan kasar.
Kalau seorang bersalah janganlah kamu pandang seperti yang diperbuatnya disengaja, hanya pandanglah kerana kurang tahunya.
Kebanyakan manusia dipuji senang hatinya, dicela kecil hatinya, beruntung sangat gembira, rugi keluh kesah; sehendaknya ada jangan harap, kalau hilang jangan cemas, tidak harap benar kerana untung dan tidak cemas kerana rugi.
Hiduplah seperti pohon kayu berbuah lebat yang tumbuh ditepi jalan. Biarpun dilempar orang dengan batu, namun tetap dibalas dengan buah.
Selagi kita tidak ditakdirkan mengalami sesuatu keadaan, kita tidak akan dapat merasai benar-benar perasaan.
Jangan kita menginginkan semua berlangsung mengikut kehendak kita, tetapi kita harus bersabar dengan setiap kejadian supaya perasaan kita tetap tenang.
Kemahuan itu tidak dapat dibendung, keinginan itu tidak pantas dipujuk. Mulut mudah berkata tapi hati naluri payah menerima. Orang hanya tahu memujuk untuk mententeramkan kita tetapi orang tidak tahu perasaan sebenar kita. Hanya orang yang mengalami yang benar-benar mengerti.
Kehidupan manusia bukanlah suatu jalan yang datar dan licin melalui dengan senang dan damai, tetapi kehidupan manusia penuh onak duri, suka duka dan perjuangan belaka.
Keberuntungan itu terdapat cuma pada orang yang berani dan pada orang yang penakut tertutup. Berhasil apa tidaknya maksud kita tergantung kepada keberanian hati kita.
Kekuatan tidaklah dapat mengalahkan kebenaran, melainkan kebenaranlah yang mengalahkan kekuatan.
Merangkak tetapi sampai, terlebih baik dari berlari putus di jalan.
Dalam dunia ini, bukan sifat benci atau dendam sahaja yang wujud. Kita ada sifat saling bermaafan, bertolak ansur, saling memahami sesama sendiri, saling sayang menyayangi. Kalau benci dan dendam sahaja yang kita tanamkan dalam jiwa kita, sampai bilapun hidup kita takkan tenang. Lebih baik jujur pada diri sendiri, terima takdir Allah, dan memaafkan apa yang mereka buat pada kita. Kekayaan bukan harta yang boleh kita bawa keakhirat. Pahala kita, amalan kita. Berdendam dan membenci itu dosa.
Siapa mampu untuk melawan takdir Ilahi yang telah mengatur segala perancangan hidup. Hari ini bahagia esok belum tentu ia berterusan. Tiada insan yang mahu hidup menderita dan sengsara.
Semua manusia mengejar kebahagiaan dan kesenangan. Bagaimana teliti sekali kita mengatur langkah tergelincir jua... bahang panas dipagi hari rupanya hujan di tengah hari. Begitulah antara cabaran yang pernah dan akan kita lalui. Kita sama-sama telah melalui kepahitan hidup walaupun dengan jalan yang berbeza.... yang pasti bangunlah...... walau dalam kekecewaan!
Dengan perjuangan yang tidak mengenal susah dan payah, tak mengenal sakit dan senang, dapat memuliakan diri seseorang. Gagal dalam kemuliaan lebih baik dari menang dalam kehinaan. Hidup ertinya berjuang kalau tidak berjuang ertinya tidak hidup. Dunia ini adalah medan perjuangan, manakah manusia sejati dan manakah yang palsu.
Dalam penghidupan, berjalan lurus berkata benar kerana tidak ada salah yang tidak ditimbang dan hutang yang tidak dibayar. Yang bongkok dimakan sarung, tidak ada busuk yang tidak berbau, bengkak yang tidak meletus. Yang benar akan tegak yang batil akan tumbang.
Damai yang ada di hati manusia akan menimbulkan damai di muka bumi, kejahatan yang ada di hati mengakibatkan kacaunya masyarakat. Hati yang beriman akan menimbulkan perasaan dan akhlak yang tinggi. Kayuhlah biduk anda tetapi jangan halangi biduk orang yang lain.
Bahwa tidak dapat tidak seorang gagal agak sekali dalam hidupnya. Dengan kegagalan itu dapat mengetahui dimana segi kelemahan dirinya. Gagal sekali tidak mengapa, yang rumit ialah jika jatuh dua kali di tempat yang serupa itu juga.
Sesungguhnya musuh terbesar manusia adalah diri dan iblis. Hati nurani, akal, hawa nafsu dan perasaan adalah sekumpulan zat-zat didalam diri manusia yang boleh menjadi kawan dan lawan.
Sesuatu yang menjadi pelajaran perlu dijadikan panduan untuk kita terus menghadapi jalan yang berliku. Manusia mempelajari sesuatu setiap hari dan biasanya apa yang dipelajari adalah perkara yang dipelajari pada hari sebelumnya.
Kita mesti berusaha mendapat sesuatu yang baik untuk hidup seterusnya. Kita yang membuat perancangan yang menentukan bahagia atau derita, mesti mencari jalan menyingkirkan diri dari jalan sengsara dan celaka. Kita yang mencari arah hidup sendiri, tidak boleh menyerahkan hidup kepada takdir semata.
Apakah anda ada mencuba memikirkan setiap hari bagaimana anda dapat menyenangkan orang lain. Menggembirakan hati seorang mukmin sekelip mata adalah lebih baik daripada mengerjakan ibadat sunat satu tahun (Hadis).
Seorang yang pesimis akan merungut tentang arah angin. Seorang yang optimis akan menjangka bahwa arah angin itu akan berubah. Seorang pemimpin pula akan memperbetulkan layarnya.
Ia adalah sesuatu yang menakjubkan bahawa berapa banyak orang mampu menyelesaikan kerja mereka sekiranya mereka tidak bimbang tentang siapa yang akan mendapat penghargaannya.
Terdapat manusia hebat yang membuatkan semua orang berasa betapa kerdilnya akan diri mereka sendiri. Tetapi seorang manusia yang benar-benar hebat adalah mereka yang mampu membuatkan semua orang berasa hebat terhadap diri mereka sendiri.
Ketenteraman hati adalah pokok kesihatan rohani dan jasmani. Ragu dan gelisah adalah pangkal segala penyakit. Orang lain jarang dapat menolong orang yang meracun hatinya sendiri dengan kegelisahan. Lalu dengan kesabaranlah perangi setiap penyakit.
Bukankah hati seorang bodoh ada dimulutnya dan mulut seorang bijaksana ada dihatinya.
Jalan menuju kebahagiaan itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh onak dan duri.
Sumber kebahagiaan hidup adalah kesihatan, hati nurani yang suci murni dan rumah yang menyenangkan. Tenangkan fikiran kerana fikiran yang bercelaru boleh menjadikan jiwa kita sakit, tubuh tidak sihat.
Sentiasalah riangkan hati dan jadikan rumah tempat yang menghiburkan hati.
Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
Kesilapan adalah sebahagian daripada kehidupan. Anda tidak akan dapat mengelakkannya. Apa yang dapat anda harapkan hanyalah agar ia tidak menjadi begitu membebankan dan anda tidak melakukan kesilapan yang sama, dua kali.
Garisan pemisah diantara kejayaan dan kegagalan adalah terlalu halus hinggakan jarang kita sedar bahawa kita telahpun melampauinya demikian halusnya sehingga kita tidak sedar bahawa kita sering memijaknya.
Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas..... tetapi anda dianggap tewas sekiranya telah berputus asa.
Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya, dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.
Ketakutan dalam diri seperti api yang kecil. Dari kecil ia memang sedia untuk marak. Apabila marak, ia akan menyambar setiap yang sempat disambarnya dan sukar untuk kita memadamnya.
<< Home